Tak benar semua orang tidak sokong PJD Link, penduduk Taman Medan, Bandar Utama ada yang nak: Shahril

Shahril Hamdan berkata, sudah tentu bagi mereka yang tidak menyokong akan mempersoalkan kenapa tidak diwujudkan pengangkutan awam atau sebagainya

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Adalah tidak benar untuk menyatakan bahawa semua orang menolak pembinaan Lebuhraya Petaling Jaya Traffic Dispersal Elevated Highway (PJD Link) sebaliknya kajian mendalam cadangan lebuh raya itu perlu dilakukan.

Menerusi program podcast Keluar Sekejab, Shahril Hamdan yang juga bekas Ketua Penerangan Umno berkata, penduduk di Taman Medan dan Bandar Utama ada yang menyokong pembinaan PJD Link.

Bagi penduduk di satu kawasan setempat di Petaling Jaya pula, Shahril berkata, mungkin pembangunannya akan mengganggu kualiti hidup untuk beberapa tahun jadi mereka kurang menyokong.

“Jadi saya rasa kita kena kaji lebih mendalam tapi untuk mengatakan semua orang tak nak PJD Link ini, saya tidak pasti sama ada ia betul, (tapi) ada yang nak, ada yang mungkin risau.

“Kita tahu penduduk di sekitar Petaling Jaya kurang menyokong tapi mereka yang duduk di Taman Medan, di Bandar Utama ada yang menyokong malah kalau tengok kenyataan MB (Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari) sebelum ini memaklumkan ada yang menyokong dan nakkan PJD Link ini,’’ katanya.

Program podcast itu adalah kelolaan bersama Shahril dan bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Shahril berkata, sudah tentu bagi mereka yang tidak menyokong akan mempersoalkan kenapa tidak diwujudkan pengangkutan awam atau sebagainya.

Sebelum ini, Amirudin berkata pemaju Lebuhraya PJD Link perlu ‘bermula dari awal’ jika perubahan dilakukan ke atas jajaran yang ditetapkan sebelum ini.

Menurut Amirudin, pentadbiran kerajaan negeri menerima kajian Penilaian Impak Sosial (SIA) daripada pemaju yang menyatakan bahawa penduduk Taman Medan dan Kinrara mahukan lebuh raya itu, namun ada penduduk di kawasan lain di Petaling Jaya membantah.

Difahamkan laporan SIA telah pun mendapatkan kelulusan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri (PLAN Malaysia Selangor) di mana projek ini boleh diteruskan. – 1 Mac, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related