Isu Batu Puteh: Tiada tindakan perundangan diambil, kerajaan sedang berunding dengan Singapura

Kerajaan Malaysia dan Singapura bersetuju keputusan dan nota rundingan adalah bertaraf rahsia

10:44 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiada tindakan perundangan sedang diambil oleh kerajaan bagi mendapatkan semula hak ke atas Pulau Batu Puteh yang menjadi pertikaian antara negara ini dan Singapura.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, bagaimanapun kerajaan sedang mengadakan rundingan bersama Singapura mengenai beberapa perkara.

Menurutnya, langkah itu diambil selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan rundingan antara kedua-dua negara dipercepatkan.

“Kerajaan Malaysia sedang merundingkan perbatasan maritim perairan Batu Puteh dengan Kerajaan Singapura melalui mekanisme rundingan dipercepatkan dalam tempoh 12 bulan.

“Ia diarahkan oleh Perdana Menteri di bawah platform Mesyuarat Jawatankuasa Utama Malaysia-Singapore Joint Technical Committee (MSJTC) and Committee for Boundary Delimitation Established Pursuant to the Agreement between the Foreign Ministers of Malaysia and Singapore on 14 March 2019 (CBD) dan Mesyuarat Jawatankuasa Kecil MSJTC dan CBD,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) yang meminta kerajaan menjelaskan apa tindakan perundangan, selain Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang sedang dan bakal diambil bagi mendapatkan semula hak ke atas Pulau Batu Puteh.

Selain itu, Hamzah yang juga Ketua Pembangkang juga bertanyakan langkah akan diambil kerajaan untuk menjamin kedaulatan Malaysia ke atas Tubir Selatan.

Mengulas lanjut, Azalina berkata, dalam hal dibangkitkan, kedua-dua pihak iaitu kerajaan Malaysia dan Singapura bersetuju mengenai inti pati kandungan rundingan tersebut.

“Ia termasuklah keputusan dan nota rundingan adalah bertaraf rahsia (confidential) dan tidak boleh didedahkan kepada pihak lain tanpa persetujuan bertulis kedua-dua pihak,” katanya. – 28 Februari 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

[UPDATED] Petronas confirms ongoing productivity reviews to ‘eliminate inefficiencies’

Responding to Scoop, industry giant said it aims to become ‘operationally focused, commercially agile and cost-efficient’, but did not clarify if it is linked to Petros deal

Related