Kematian 2 individu dalam kereta di parkir stesen minyak tiada unsur jenayah

Siasatan mendapati kesemua barang mangsa berada di dalam kenderaan terbabit

10:08 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan kematian seorang lelaki dan wanita yang ditemui dalam sebuah kereta berkunci di kawasan parkir sebuah stesen minyak di Jalan Segamat-Kuantan dekat Muadzam Shah, Rompin, petang semalam, tiada unsur jenayah.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Nor Azman Yusof berkata, kesemua barangan peribadi milik mangsa masih berada di dalam kenderaan terbabit.

Menurutnya, hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak tersebut mendapati, mangsa memandu kenderaan dan meletakkan kenderaan di kawasan parkir pada jam 6.42 pagi, kelmarin.

“Mangsa juga tidak keluar dari kenderaan terbabit.

“Pasukan forensik daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang tiba di lokasi kejadian dan hasil siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah ke atas mangsa ditemui,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua mayat itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan, Pahang untuk proses bedah siasat.

Katanya, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi sehingga menyebabkan siasatan polis terganggu.

“Mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi polis di talian 09-4145999,” katanya.

Semalam, media melaporkan seorang lelaki dan wanita ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta berkunci di kawasan parkir sebuah stesen minyak di Muadzam Shah.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, berdasarkan laporan, komander operasi melaporkan dua mangsa tidak sedarkan diri di dalam kereta terbabit di kawasan parkir.

Katanya, anggota bomba melakukan operasi membuka pintu kereta dengan menggunakan peralatan menyelamat. – 28 Februari 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

How is a ham sandwich ‘halal’? Akmal Saleh slams KK Mart outlet on UM campus

Umno Youth Chief says university students have lodged police reports over sandwich bearing halal stamp

Related