Titah Agong perlihatkan ketegasan, pastikan keselamatan politik terpelihara

Seri Paduka Baginda mahu kestabilan politik menjadi asas keselamatan negara

10:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Titah sulung Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 disifatkan sebagai permulaan episod baharu ketegasan Seri Paduka Baginda memayungi kepentingan rakyat dan memastikan keselamatan politik negara terus terpelihara.

Penganalisis keselamatan dan politik Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, titah Sultan Ibrahim menunjukkan Seri Paduka Baginda mahukan kestabilan politik sebagai asas keselamatan negara.

“Pendekatan berpaksikan rakyat Seri Paduka Baginda amat dimahukan oleh rakyat pada masa ini agar rakyat merasakan keterjaminan mereka dalam konteks sosioekonomi dan bukan lagi terpaksa menghadapi telatah sengketa politik tidak berkesudahan dalam negara,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata, Sultan Ibrahim mahu semua Ahli Parlimen memainkan peranan penting dalam pembentukan negara dan menjadi satu pasukan besar dalam pengurusan negara demi kepentingan masyarakat,” katanya.

Penganalisis keselamatan dan politik Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi UiTM, Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, titah Sultan Ibrahim menunjukkan Seri Paduka Baginda mahu kestabilan politik menjadi asas keselamatan negara. – Gambar Bernama, 26 Februari, 2024

Pengarah dan Pengasas Institut Kajian Etnik Profesor Ulung, Datuk Shamsul Amri Baharuddin pula berkata, saranan Seri Paduka Baginda melalui titah supaya kerajaan merangka dasar untuk mengukuhkan keharmonian serta perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia perlu diberi perhatian oleh kerajaan.

Beliau berkata, isu berkaitan keharmonian dan perpaduan dalam kalangan rakyat mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong.

“Pada saya, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menjelaskan lagi apa yang telah dinyatakan oleh Yang di-Pertuan Agong dalam titah itu.

“Apa yang dilakukan oleh Seri Paduka Baginda adalah untuk mengingatkan kembali perkara-perkara yang sudah ada namun masih belum sempurna,” katanya.

Profesor Ulung Datuk Shamsul Amri Baharuddin berkata, walaupun kerajaan tidak berhenti melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memperkukuh perpaduan dalam kalangan rakyat, namun masih terdapat kelemahan di peringkat akar umbi. – Gambar Bernama, 26 Februari, 2024

Shamsul Amri berkata, meskipun kerajaan tidak berhenti melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memperkukuh perpaduan dalam kalangan rakyat namun masih terdapat kelemahan di peringkat akar umbi khususnya dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan di peringkat sekolah vernakular, sekolah kebangsaan dan sekolah swasta.

Justeru, beliau mencadangkan agar kerajaan melakukan pemantauan lebih rapi bagi memastikan penggunaan Bahasa Melayu dapat diperluas untuk setiap subjek di semua sekolah kerana jika hanya satu yang menggunakan bahasa kebangsaan, ia tidak mencukupi untuk membolehkan pelajar bangsa lain menguasainya dengan baik. – 26 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related