Rukun Negara julung kali dilafazkan di sidang Dewan Rakyat mulai esok

Langkah bersejarah itu bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dan menghakis kebencian serta rasis dalam kalangan rakyat Malaysia

10:23 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Buat julung kalinya, lafaz ikrar secara penuh bermula daripada mukadimah akan dilaksana dalam Majlis Persidangan Dewan Rakyat esok, kata Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang.

Beliau berkata, langkah itu adalah sebahagian daripada usaha kementerian berkenaan susulan kelulusan Jemaah Menteri pada 25 Julai 2023 agar Rukun Negara dilafazkan secara penuh.

“Langkah bersejarah ini tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dan menghakis kebencian serta rasis dalam kalangan rakyat Malaysia,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Dalam negara berbilang kaum dan budaya seperti Malaysia, penting bagi semua pihak menghayati serta mengamalkan nilai yang terkandung dalam budaya Rukun Negara. – Gambar Jabatan Perdana Menteri, 26 Februari, 2024

Aaron berkata, dalam negara yang berbilang kaum dan budaya seperti Malaysia, keharmonian antara rakyat merupakan kunci kepada kemajuan serta kestabilan, justeru itu penting bagi semua pihak menghayati dan mengamalkan nilai yang terkandung dalam budaya Rukun Negara.

“Saya ingin menyeru kepada semua warga Malaysia untuk bersama-sama menyokong inisiatif ini dengan penuh semangat dan kesungguhan serta sama-sama menjadikan Malaysia sebagai contoh kepada dunia dalam memupuk perpaduan dalam kepelbagaian,” katanya.

Berdasarkan takwim di laman rasmi Parlimen, Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 19 hari dengan tumpuan kepada perbahasan Titah Diraja oleh Ahli-Ahli Parlimen dari 27 Februari hingga 7 Mac, diikuti jawapan daripada kementerian berkaitan selama empat hari bermula 11 Mac. – 26 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Lim Guan Eng faces party rebellion as grassroots call for his ouster

Party insiders say growing dissent over Lim’s leadership, with critics blaming him for internal strife and strategic missteps

MACC raids home of Ismail Sabri’s ex-aide, over RM100 mil cash seized

Source says authorities also confiscated documents, jewellery, electronic devices

Related