Perhimpunan Tuntut Reformasi 100 peratus tetap salah jika diteruskan esok

Bersih hanya menyerahkan notis pemberitahuan mereka kepada IPD Dang Wangi petang tadi

7:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Rancangan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk berhimpun dan berarak ke Parlimen esok tetap menyalahi undang-undang meskipun mereka sudah menyerahkan notis pemberitahuan kepada polis, petang tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, ini kerana notis pemberitahuan sepatutnya diserahkan sekurang-kurangnya lima hari daripada tarikh berhimpun mengikut Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

“Ia adalah salah dari segi peruntukan undang-undang (sekiranya perarakan dan himpunan diteruskan).

“Di bawah peruntukan Seksyen 9 (1) APA 2012, notis pemberitahuan bersama dokumen sokongan perlu diserahkan lima hari daripada tarikh perhimpunan tersebut dianjurkan,” katanya ketika dihubungi Scoop, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, polis akan memantau perhimpunan tersebut bagi memastikan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

“Adalah menjadi tugas polis untuk mengawasi kawasan sekitar demi menjaga ketenteraman awam, seperti mana kebiasaannya ketika sesi Dewan Rakyat berlangsung,” katanya.

Terdahulu, Bersih menerusi satu hantaran ringkas menerusi akaun Facebook milik mereka, menyatakan sudah menyerahkan notis pemberitahuan yang dihantar kepada pihak Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Dang Wangi, hari ini.

“Bersih selesai menyerahkan notis makluman kepada IPD Dang Wangi berkenaan aksi di Parlimen tuntut #Reformasi100Peratus esok,” katanya.

Semalam, media melaporkan polis tidak menerima sebarang notis pemberitahuan berkaitan penganjuran perhimpunan anjuran Bersih esok.

Allaudeen dilaporkan berkata, perkara itu dikesan melalui poster yang tular di media sosial berkenaan Bersih akan mengadakan perhimpunan dengan menyeru orang ramai berhimpun di Tugu Negara dan seterusnya berarak ke Parlimen. – 26 Februari 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related