Ambil semangat titah Agong, PN akan sokong usaha baik kerajaan: Tuan Ibrahim

PN akan menegur kerajaan dalam isu yang merugikan rakyat dan negara dan dalam masa sama, akan terus menyokong (kerajaan) jika ia bermanfaat kepada rakyat

5:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) akan melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pembangkang sebaik mungkin demi kebaikan negara dan rakyat, seperti dititah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kedaulatan negara dan kesejahteraan rakyat akan sentiasa dipelihara serta disemat wakil rakyat PN dalam menjalankan amanah mereka.

Katanya, dalam menjalankan tanggungjawab itu, PN akan menegur kerajaan dalam isu yang merugikan rakyat dan negara.

“Dalam masa sama, (PN) terus menyokong (kerajaan) jika ia bermanfaat kepada rakyat.

“Isu kebajikan rakyat dan kedaulatan negara serta kesucian Islam, selain keharmonian hidup rakyat akan terus diperjuangkan kami (PN).

“Ini mengambil semangat daripada Titah Sulung Diraja KDYMM Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sebentar tadi,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Titah baginda itu dinantikan setiap Ahli Parlimen sebagai panduan untuk berbahas dan melakukan semak imbang mengikut ruang demokrasi.

Dalam titahnya pada Istiadat Pembukaan Penggal Majlis Parlimen Malaysia itu, Sultan Ibrahim menyeru kepada semua pihak sama ada kerajaan atau pembangkang supaya bersatu hati, berganding bahu dan berkerjasama untuk membangunkan negara demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia.

Ia seterusnya untuk memastikan kedaulatan tanah air, kemakmuran negara dan kesejahteraan hidup rakyat akan sentiasa terpelihara.

Sultan Ibrahim bertitah, di mata baginda, kejayaan atau kegagalan negara ini bukan terletak di bahu Perdana Menteri semata-mata.

“Tetapi semua 222 ahli Dewan Rakyat telah diamanahkan oleh rakyat sebagai wakil mereka dalam kerajaan,” titahnya. – 26 Februari, 2024

Topics

Hangat

China’s rising 17-year-old badminton star, Zhang Zhijie, dead after collapsing on court

He was participating in the ongoing Asian Junior Badminton Championships in Indonesia

Local label Rizman Ruzaini to design Malaysia’s kit for Olympics opening ceremony?

Fashion house has dressed many high-profile figures, including squash icon Datuk Nicol David and top model Naomi Campbell

Poor driver vetting will steer public away from inDrive, says assault victim’s lawyer

Victim has criticised the company’s lack of transparency and slow response, is prepared to take legal action

Related