Saya tidak suka sistem banyak ‘red tape’: Sultan Ibrahim

Seri Paduka Baginda bertitah mengalu-alukan usaha berterusan, bagi meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap kecekapan perkhidmatan agensi kerajaan

4:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini mahu kecekapan proses kerja dan tadbir urus setiap agensi kerajaan sentiasa dinilai dan ditingkatkan, bagi memastikan tiada red-tape atau karenah birokrasi dalam sistem penyampaian kerajaan.

“Saya tidak suka dengan sistem yang banyak red-tape,” tegas Seri Paduka Baginda ketika bertitah pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini. 

Turut berangkat ke istiadat itu, Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Sultan Ibrahim bertitah jentera kerajaan diingatkan agar meningkatkan kecekapan dan mengamal prinsip kerja berintegriti, supaya pembangunan ekonomi dapat dicapai dengan jayanya.

“Agensi penguatkuasaan juga hendaklah menjalankan siasatan dengan lebih cekap dan cepat, supaya sesuatu kes itu dapat diselesaikan dengan segera.

“Semua kes yang telah dibawa ke mahkamah juga mestilah segera diadili, supaya kepercayaan rakyat terhadap sistem kehakiman negara sentiasa dipelihara,” titah Seri Paduka Baginda pada istiadat yang turut dihadiri Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara.

Yang di-Pertuan Agong turut menzahirkan perasaan sukacita Seri Paduka Baginda atas kedudukan Malaysia di tangga ke-29 dalam Indeks Daya Saing Dunia 2023, dalam aspek kecekapan kerajaan.

Seri Paduka Baginda bertitah mengalu-alukan usaha berterusan, bagi meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap kecekapan perkhidmatan agensi kerajaan.

Dalam aspek keselamatan makanan negara, Yang di-Pertuan Agong bertitah mahu kerajaan meningkatkan usaha dan galakan untuk pengeluaran barangan dalam negara, terutamanya bekalan makanan harian dan bahan mentah.

“Oleh itu, usaha untuk meningkatkan pengeluaran makanan hendaklah dibuat lebih tersusun, agar tahap jaminan makanan negara mencapai sasarannya.

“Pada masa sama, program membantu petani, penternak dan nelayan, ditingkatkan agar penghasilan dan pendapatan mereka berada pada tahap tinggi, titah Seri Paduka Baginda. – 26 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related