DBKL keluar 79 kompaun, arah 3 premis kotor ditutup

Tindakan itu diambil selepas tahap kebersihan di permis makanan dan minuman terbabit termasuk petugas tidak memuaskan serta melanggar undang-undang

3:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebanyak 79 kompaun dikeluarkan manakala tiga premis di sekitar ibu kota diarah tutup dalam Operasi Sepadu Bersih dilaksanakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), malam tadi.

DBKL menerusi satu kenyataan memaklumkan, tindakan itu diambil selepas tahap kebersihan di permis makanan dan minuman terbabit termasuk petugas tidak memuaskan dan melanggar undang-undang.

Menurutnya, operasi itu membabitkan pemeriksaan ke atas 93 premis perniagaan di sekitar The Garden Mall (Parlimen Lembah Pantai), Jalan Jalil Perkasa (Parlimen Seputeh), Jalan Manis 3, Taman Segar (Parlimen Cheras), Jalan Leboh Ampang dan Jalan Tengkat Tong Shin (Parlimen Bukit Bintang), Taman Sri Sinar dan 1 Mont Kiara (Parlimen Segambut).

Bagaimanapun, katanya, ketika pemeriksaan dijalankan, 34 premis didapati ditutup atau tidak beroperasi, menyebabkan hanya 59 premis diperiksa.

Operasi dijalankan di 93 premis perniagaan sekitar The Garden Mall, Jalan Jalil Perkasa, Jalan Manis 3, Taman Segar, Jalan Leboh Ampang, Jalan Tengkat Tong Shin, Taman Sri Sinar dan 1 Mont Kiara. – Gambar ihsan DBKL, 26 Februari, 2024

“Berdasarkan pemeriksaan, tiga premis dikenakan tindakan arahan penutupan di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) 28(1) Undang-undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016 .

“Selain itu, sebanyak 79 kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah UUK Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016, UUK Pengendali Makanan 1979 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976,” katanya.

Sebanyak 79 kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan, manakala tiga premis dikenakan tindakan arahan penutupan. – Gambar ihsan DBKL, 26 Februari, 2024

DBKL berkata, pelbagai kesalahan bersabit aspek kebersihan, petugas serta persekitaran premis telah dikenakan tindakan.

“DBKL akan meneruskan tindakan seumpama ini dari semasa ke semasa bagi memastikan pengusaha premis makanan mematuhi kehendak kesihatan yang telah ditetapkan,” katanya. – 26 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Related