KUALA LUMPUR — Banyak perkara menarik berlaku pada malam kemuncak Anugerah Screen Actors Guild 2024 (SAG) di Los Angeles, malam tadi.
Antara yang meraih perhatian ialah pertemuan semula ketiga-tiga pelakon filem The Devil Wears Prada iaitu Anne Hathaway, Meryl Streep dan Emily Blunt.
Kehadiran mereka adalah bagi menghormati sambutan ulang tahun ke-18 filem berkenaan yang mula ditayangkan pada 2006.
Kebetulan Blunt merupakan calon pada majlis anugerah itu kerana peranannya sebagai pelakon pembantu wanita dalam Oppenheimer arahan Christopher Nolan.
Streep yang mula-mula naik ke pentas memulakan ucapannya dengan kesilapan yang dikesali apabila terlupa cermin mata dan sampul suratnya. Blunt dan Hathaway kemudian berjalan masuk sambil membawa cermin mata besar berwarna hitam dan berbingkai persegi.
Mereka kemudiannya berpelukan di atas pentas sebelum Streep bermonolog dengan penonton.
El momentazo en el que Meryl Streep, Emily Blunt y Anne Hathaway se reunieron en el escenario de los SAG Awards.
— Carla ❁ (@shannonlada) February 25, 2024
Los fans de DEVIL WEARS PRADA vivimos para este momento 💖 #SAGAwardspic.twitter.com/B2QAfzaAvs
“Ini soalan lama. Di manakah watak itu berakhir dan pelakon bermula?
“Nah, seperti yang baru kita lihat, Meryl dan Miranda Priestly, mereka seperti kembar,” kata Blunt merujuk watak Meryl Streep dalam filem itu – karikatur yang disyaki itu adalah ketua editor Vogue, Anna Wintour.
Streep pula menggambarkan Anna Wintour sebagai fashionista kejam.
“Saya tidak fikir saya seperti Miranda,” balas Streep dengan malu-malu.
Anne kemudian mencelah: Tidak! Itu bukan soalan”.
Dan ketika Streep bergelut untuk mengoyakkan sampul surat dengan nama pemenang, Blunt merujuk satu lagi baris ikonik daripada filem itu.
“By all means, move at a glacial pace,” katanya dan kemudian menyambung: “Anda tahu bagaimana itu menggembirakan saya”.
Trio ini kemudian mengumumkan pemenang anugerah untuk pelakon lelaki dalam siri komedi, yang dibawa pulang Jeremy Allen White dalam The Bear.
The Devil Wears Prada yang ditayangkan pada 2006 dibintangi Hathaway sebagai Andy Sachs, pembantu muda kepada Ketua Pengarang majalah fesyen Runway, Miranda Priestly yang dibintangi oleh Streep.
Dia perlu berdepan dengan kerenah pembantu senior, Emily Charlton (Blunt) yang sering bersikap kejam untuk menarik perhatian Streep.
Cerita ini tidak lama lagi akan dimainkan di West End London bermula pada bulan Oktober sebagai muzikal yang dibintangi Vanessa Williams sebagai Miranda Priestly.
Muzikal The Devil Wears Prada menampilkan skor asal Sir Elton John yang pernah bekerja dalam Tammy Faye, Billy Elliot: The Musical, The Lion King serta arahan dan koreografi oleh pemenang tiga kali Anugerah Tony, Jerry Mitchell (Kinky Boots, Legally Blonde, Pretty Woman, Hairspray). – 25 Februari, 2023