Jangan cuba perangkap saya: Shahidan

Ahli Parlimen Arau itu memaklumkan kehadirannya ke Masjid Negara adalah untuk menunaikan Solat Jumaat dan kebetulan Perdana Menteri juga berada di situ

6:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – ‘‘Jangan cuba-cuba tanya soalan begitu rupa, ini (saya) bukan orangnya,’’ itu jawapan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim ketika ditanya desas-desus beberapa Ahli Parlimen akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Shahidan turut mengingatkan bahawa beliau adalah anggota PAS dan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN).

“Ini soalan cuba memerangkap tapi tak sesuai, kalau saya pergi (sokong) bermakna negara ini akan jadi tidak betul,’’ katanya.

Beliau juga memaklumkan kehadirannya ke Masjid Negara adalah untuk menunaikan Solat Jumaat, dan kebetulan Anwar juga berada di situ.

“Hari ini Jumaat, saya jumpa semua orang. Sahabat saya maklumkan kata PMX ada di sini. Dia lalu depan saya,’’ katanya.

Beliau ditanya soalan tersebut selepas desas-desus mengenai sokongan beberapa Ahli Parlimen pembangkang kepada Perdana Menteri.

Januari lalu, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal memaklumkan beberapa lagi Ahli Parlimen pembangkang akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri.

Syed Abu Hussin berkata, sokongan itu dijangka diisytihar sebelum pembukaan sesi Parlimen pada Isnin ini dan turut menyeru Ahli Parlimen pembangkang lain, terutama yang berprofail tinggi untuk sama-sama menyokong Perdana Menteri.

Setakat ini, Ahli Parlimen Bersatu yang mengisytiharkan sokongan kepada Anwar ialah Syed Abu Hussin Hafiz, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan). – 23 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

Lim Guan Eng faces party rebellion as grassroots call for his ouster

Party insiders say growing dissent over Lim’s leadership, with critics blaming him for internal strife and strategic missteps

MACC raids home of Ismail Sabri’s ex-aide, over RM100 mil cash seized

Source says authorities also confiscated documents, jewellery, electronic devices

Related