Selesai soal terma, syarat borang pencalonan lagu Muzik Muzik tapi sekarang timbul pula isu penjualan tiket AJL: RIM

Menurut Presiden RIM, Rosmin Hashim, isu penjualan tiket adalah punca Datuk Jamal Abdillah menarik diri pada saat-saat akhir

6:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Biarpun isu mengenai terma dan syarat pada borang pencalonan lagu dalam program Muzik Muzik melibatkan syarikat rakaman dan pencipta lagu dengan pihak Media Prima sudahpun berakhir, masih ada isu tertunggak lain yang menanti waktu untuk diselesaikan.

Bercakap kepada Scoop, Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Rosmin Hashim berkata, isu lain yang masih tertunggak itu adalah mengenai penjualan tiket pentas akhir Anugerah Juara Lagu (AJL38) kepada penonton.

“Menjual tiket di pentas AJL38 adalah suatu perkara tidak dipersetujui ahli-ahli RIM dan juga artis yang bernaung di bawah syarikat rakaman masing-masing.

“Penyertaan artis-artis di dalam AJL38 adalah untuk membuat persembahan TV. Bukan untuk acara konsert. Jadi, perkara ini memang perlu diselesaikan.

“Itu juga yang menjadi sebab utama mengapa Datuk Jamal Abdillah menarik diri pada saat-saat akhir daripada menyertai AJL38 pada tahun ini,” katanya.

Rosmin Hashim berkata, isu AJL yang masih tertunggak adalah mengenai penjualan tiket pentas akhir Anugerah Juara Lagu (AJL38) kepada penonton – Gambar RIM, 23 Februari, 2024

Menurut Rosmin lagi, kebiasaannya, jika acara melibatkan penjualan tiket, artis yang membuat persembahan akan menerima bayaran.

“Memandangkan tiada perjanjian melibatkan bayaran, Datuk Jamal telah menarik diri kerana beliau tidak bersetuju dengan perkara tersebut,” katanya.

Jelas Rosmin lagi, biarpun isu ini masih tertunggak, namun buat masa ini, ahli-ahli syarikat (rakaman) yang bernaung di bawah RIM sudah memberikan persetujuan bagi artis-artis mereka untuk membuat persembahan di pentas akhir AJL38.

Mengulas lanjut mengenai isu terma dan syarat pada borang pencalonan lagu dalam program Muzik Muzik yang berjaya diselesaikan, Rosmin berkata, isu terma dan syarat itu sebetulnya melibatkan hak yang berkaitan termasuk hak rakaman bunyi dan hak karya muzik.

“Atas sebab itulah RIM bersama Persatuan Penerbit Malaysia (MPA) melakukan rundingan bersama Media Prima sebelum ini dan akhirnya pihak mereka bersetuju untuk menukar klausa tersebut.

“Dalam proses ini, kami telah menilai lima pihak yang menandangani lima jenis borang pencalonan yang ditukar klausa ini. Artis atau pencipta lagu yang bernaung di bawah syarikat rakaman atau syarikat penerbitan yang menjadi ahli RIM, mereka akan diwakili syarikat masing-masing.

“Artis bebas yang tidak punya label atau label mereka bukan ahli RIM, mereka kena menandatangani sendiri borang tersebut. Begitu juga dengan pencipta lagu yang mempunyai syarikat penerbitan tetapi tidak menjadi ahli RIM.

“Artis gantian yang menggantikan penyanyi asal yang menarik diri untuk menyertai AJL38 juga mempunyai borang berbeza untuk mereka tandatangani,” katanya. – 23 Februari, 2024

Topics

 

Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related