Anggota bomba dikhuatiri lemas ketika selenggara bot penyelamat

Ketika penyelia datang membuat pemeriksaan mendapati mangsa sudah tiada dan bot itu didapati telah hanyut sebelum terdengar jeritan mangsa

8:28 AM MYT

 

BUTTERWORTH – Seorang anggota bomba dikhuatiri lemas ketika melakukan kerja menyelenggara bot di Jeti Pangkalan Marin Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Mak Mandin di sini, malam tadi.

Mohd Izwan Ilias, 42, yang juga anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth dikatakan terjatuh ke dalam sungai di kawasan itu ketika menyelenggara bot penyelamat kira-kira 10 malam.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Khairy Sulaiman berkata, pihaknya menerima panggilan pada 10.20 malam sebelum menggerakkan anggota ke lokasi bagi memulakan operasi mencari dan menyelamat.

“Mangsa membuat penyelenggaraan bot bagi memastikan bot berada dalam keadaan siap siaga untuk digerakkan sekiranya diperlukan bagi sebarang operasi.

“Bagaimanapun, ketika penyelia datang membuat pemeriksaan mendapati mangsa tiada di bot dan bot itu juga didapati telah hanyut sebelum terdengar jeritan mangsa,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Beliau berkata, ketika ini operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan. – 23 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

IBF World Cup: Top Eight national bowlers to set the lanes on fire in Hong Kong

Malaysian Tenpin Bowling Association sending its best to tackle the tournament’s demanding format

Malaysia Airlines and the return to chocks: Safety, statistics, and perception – Capt. Kamil

Why does MAS face scrutiny while other carriers remain unchallenged?

‘Comeback’ play from Jiwa, Baljit paves the way for Matadors Hockey Club’s MHL debut

Former national hockey players Jiwa Mohan, Baljit Singh make their return to the game, teaming up with young talents to help Matadors Hockey Club aim for a top-four finish in their MHL debut

Related