Lelaki OKU mampu miliki X70 Premium hasil duit mengemis di pasar malam

Perkara itu terbongkar ketika pegawai penguatkuasa JKM Maran melakukan operasi membanteras aktiviti pengemisan

6:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Hanya dengan mengemis selama empat hingga lima jam di pasar malam di sekitar Pahang, seorang lelaki yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) berjaya memperoleh sehingga RM500 sehari.

Malah lebih mengejutkan, lelaki tersebut turut memiliki kereta Proton X70 Premium hasil duit sumbangan orang ramai.

Perkara itu terbongkar selepas pegawai penguatkuasa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dibawa lelaki OKU terbabit untuk mengambil kad pengenalan di dalam kereta miliknya itu semasa operasi membanteras pengemisan dijalankan JKM Maran, Pahang.

“Pegawai penguatkuasa JKM mengekori lelaki tersebut ke keretanya. Percaya atau tidak, seseorang yang tadinya hanya berdiri meraih simpati orang ramai atas kekurangan dirinya yang OKU fizikal (kedua-dua belah tangan tidak normal) memandu sebuah Proton X70 Premium.

“Beliau juga mengaku bahawa kereta Proton X70 Premium tersebut adalah miliknya. Menurutnya lagi, hasil kutipan daripada aktiviti pengemisan itu boleh mencecah sehingga RM 500 bagi tempoh empat hingga lima jam ketika berada di pasar malam,” kata JKM Maran dalam hantaran di Facebook.

Ketika dihampiri pegawai penguatkuasa JKM, lelaki terbabit yang memakai jubah dan berkopiah itu dilihat berdiri di celahan payung peniaga pasar malam sambil memegang beg kertas meminta simpati orang ramai yang lalu lalang.

Bagaimanapun, ketika ditanya pegawai terbabit mengenai tujuannya meminta sedekah, lelaki tersebut hanya diam membisu dan hanya bersuara selepas didesak.

“Berkali-kali penguatkuasa JKM meminta kad pengenalan bagi tujuan rekod operasi pada hari ini tetapi tidak mendapat respons daripada lelaki tersebut. Setelah didesak barulah lelaki tersebut bersuara.

“Normal rupanya. Dia bukanlah seorang yang pekak dan bisu. Cuma seorang OKU fizikal (kedua-dua belah tangannya tidak normal),” katanya.

Menurutnya lagi, siasatan mendapati lelaki itu menetap di Balok, Kuantan dan akan bergerak ke pasar malam di daerah itu untuk mengemis.

“Semakan juga mendapati dia menerima Elaun Pekerja OKU daripada pihak JKM sebanyak RM450 sebulan sejak tahun 2001 lagi,” katanya.

Tambahnya lagi, lelaki itu bagaimanapun dilepaskan dengan amaran pegawai JKM kerana mendapati ia kesalahan kali pertama dilakukannya di daerah berkenaan.

“Lelaki tersebut turut diminta menandatangani surat akujanji jaminan tidak akan mengemis seperti yang termaktub dalam Perintah Tetap Operasi,” katanya. – 22 Februari 2024

Topics

 

Hangat

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Malaysia’s new social media regulatory framework: What you need to know

New rules aim to curb cybercrime and online harm, individual users not affected

EPF 2024 dividend rate in 6%-6.2% range expected: analyst

Fund had diversified investments amidst a resilient global economy and other favourable conditions last year, may face a challenging 2025 due to global political and economic uncertainties

Related