Pemilik francais Starbucks, Berjaya Food alami penurunan perolehan disebabkan ‘boikot Asia Barat’

Bagaimanapun, Lembaga Pengarah kekal optimis mengenai pemulihannya pada masa depan

11:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Berjaya Food Berhad (BFood), pemilik francais tempatan rangkaian makanan dan minuman popular Starbucks, memperoleh pendapatan lebih rendah sebanyak RM182.55 juta bagi suku kedua berakhir 31 Disember tahun lalu.

Ia berbanding pendapatan sebanyak RM295.32 juta bagi tempoh sama, tahun sebelumnya.

Syarikat itu mengaitkan pengurangan pendapatan berkenaan terutama kepada boikot berterusan yang dikaitkan dengan konflik Asia Barat, sekali gus memberikan kesan kepada sentimen pengguna.

Kerugian sebelum cukai bagi kumpulan itu untuk tempoh tiga bulan pertama RM39.81 juta, didorong oleh jualan yang rendah serta kerugian sekali yang timbul daripada pelupusan keseluruhan kepentingan ekuiti Kumpulan dalam Jollibean Foods Pte Ltd (JFPL).

Ia berbeza dengan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM52.06 juta pada tempoh sama, tahun sebelumnya.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Disember 2023, Kumpulan itu melaporkan perolehan sebanyak RM461.09 juta dan kerugian sebelum cukai sebanyak RM11.49 juta, mencerminkan penurunan daripada hasil sebanyak RM578.37 juta dan keuntungan sebelum cukai RM102.09 juta yang dicatatkan pada tempoh sama, pada tahun sebelumnya.

Syarikat itu menekankan boikot memberikan signifikan yang besar terhadap pendapatan dan kerugian sebelum cukai.

Tidak termasuk kerugian sekali sahaja sebanyak RM10.5 juta daripada pelupusan keseluruhan RM10.5 juta daripada pelupusan keseluruhan kepentingan ekuiti Kumpulan dalam JFPL, kerugian sebelum cukai yang diselaraskan ialah RM0.98 juta, penurunan ketara berbanding keuntungan sebelum cukai sebanyak RM102.09 juta dalam tempoh yang sama sebelumnya.

Di sebalik cabaran yang dihadapi, Lembaga Pengarah telah memutuskan untuk tidak mengesyorkan sebarang dividen untuk suku semasa yang dikaji.

Bagaimanapun, syarikat kekal optimis mengenai prospek masa depannya.

“Pengarah berpendapat bahawa prestasi operasi Kumpulan akan menunjukkan peningkatan dalam baki suku tahun berakhir 30 Jun, 2024.

“Selain itu, Lembaga Pengarah percaya prestasi operasi akan pulih dan mendapat semula momentum, melihat perkembangan semasa sebagai jangka pendek dan menjangkakan kemajuan positif pada masa hadapan.’’ – 21 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related