Nombor plat GOLD 1 milik Yang di-Pertuan Agong

Seri Paduka membida nilai tertinggi dalam sejarah negara sebanyak RM1.5 juta

3:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Nombor plat kenderaan keluaran khas ‘GOLD 1’ menjadi milik Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selepas membida nilai tertinggi dalam sejarah negara iaitu sebanyak RM1.5 juta.

Menurut hantaran di media sosial rasmi Seri Paduka, nilai tersebut akan disalurkan kepada Kerajaan Persekutuan.

Terdahulu Seri Paduka berkenan menerima menghadap Menteri Pengangkutan, Anthony Loke di Istana Negara hari ini.

Dalam pertemuan itu, Loke turut mempersembah secara simbolik nombor plat kenderaan berkenaan kepada Sultan Ibrahim.

Pada 30 Januari lalu, Loke mengumumkan bidaan bagi nombor pendaftaran istimewa (NPI) siri GOLD sempena sambutan jubli emas Hari Wilayah Persekutuan ke-50 dilaksanakan pada 1 hingga 5 Februari.

NPI ialah tanda indeks yang mempunyai prefix (hadapan) iaitu siri GOLD yang melambangkan sambutan jubli emas Hari Wilayah Persekutuan ke-50.

Katanya, bidaan bagi siri NPI adalah bertujuan untuk menambah hasil negara iaitu kesemua hasil bidaan NPI akan dimasukkan ke dalam akaun disatukan dengan 50 peratus daripada hasil tersebut akan dikembalikan semula kepada Kementerian Pengangkutan. – 20 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Malaysia’s new social media regulatory framework: What you need to know

New rules aim to curb cybercrime and online harm, individual users not affected

Related