Arwah suami selalu sebut nak mandi pantai ketika sampai di Terengganu

Balu mangsa berasa amat lega kerana arwah suaminya ditemukan dalam tempoh singkat, serta dapat dikebumikan dengan sempurna

10:52 PM MYT

 

KUALA TERENGGANU – Balu kepada Allahyarham Zulkarnain Mohamed Zubir yang ditemukan lemas berkata arwah suaminya beria-ia mahu beriadah di pantai ketika sampai di Kuala Terengganu, Jumaat lepas.

Nora Elina Abdul Khalit, 44, berkata beliau tidak menyangka percutian mereka sekeluarga buat pertama kali di Terengganu itu, berakhir dengan tragedi.

Bagaimanapun beliau tetap reda dan menganggap pemergian arwah sebagai ujian Allah, yang mahu mengurniakan nikmat syahid kepada suaminya yang berusia 44 tahun itu.

“Arwah ketika sampai dan sebelum datang (ke Terengganu) selalu sebut nak mandi pantai…nak mandi pantai. Itu sahaja yang dia asyik cakap.

“Selain bercuti saya juga sebenarnya datang atas tujuan kerja iaitu memberi taklimat di Balai Raya Tokku (di sini) Sabtu lalu,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah hari ini.

Nora Elina berkata walaupun sedih, beliau berasa amat lega kerana mayat arwah suaminya ditemukan dalam tempoh singkat, serta dapat dikebumikan dengan sempurna.

Justeru beliau amat berterima kasih kepada semua pihak terutama agensi keselamatan, yang bertungkus-lumus mencari mangsa.

“Saya tak putus-putus berdoa supaya jenazah suami dapat ditemui dan dikebumikan dengan baik. Doakan supaya arwah dikurniakan mati syahid idaman setiap orang Islam,” katanya.

Nora Elina berkata jenazah akan dibawa pulang ke Kuala Lumpur malam ini, selepas selesai urusan bedah siasat dan akan dikebumikan esok di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9 Kota Damansara di Selangor. – 19 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related