Selepas 20 tahun di penjara, perogol Nurul Huda bakal dibebaskan sekali gus undang kebimbangan netizen

Turut didakwa ialah dua rakan Abbas yang lain iaitu ‘Jojo’ dan ‘Ngengel’ namun mereka dibebaskan

6:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mohd Abbas Danus Baksan, telah dihukum penjara selama 20 tahun dan 24 sebatan selepas didapati bersalah merogol seorang budak perempuan berusia 10 tahun, Nurul Huda Abdul Ghani, pada 2004 di Johor.

Kini, selepas 20 tahun, dia bakal dibebaskan dan keadaan ini mendatangkan keresahan kepada orang ramai, susulan perbuatan kejam yang dilakukan ke atas seorang budak yang tidak berdosa itu.

Ia mencetuskan kemarahan dan kebimbangan netizen, yang tidak pernah lupa dengan kesalahan yang dilakukan oleh Abbas, yang ketika ini sudah berusia 70-an.

“Perogol yang merogol adik Nurul Huda, (dia) baru sahaja berusia 10 tahun, dirogol ditandas Stesen Janakuasa Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kampung Pakajang, Tanjung Kupang, Gelang Patah.

“Syaiton ini akan dibebaskan tahun ini kerana telah habis tempoh hukuman!,’’ demikian tulis YHPH di laman X.

Hantaran yang turut memuatkan gambar Abbas dan arwah Nurul Huda itu telah mendapat perhatian ramai kerana ia melibatkan pesalah seks malah ada yang meminta supaya Malaysia mendaftarkan pesalah seks.

“Malaysia kena ada ada sex offender registry/list utk semua org guna dan emak supaya tak boleh berdekati sekolah, padang main kanak-kanak, tempat-tempat macam tu!,’’ kata Eddie
“Semoga taubat diterima dan berubah,’’ kata Komen Selagi Boleh

“Kejam giler manusia begini. Budak-budak kot, nafsu sampai tahap lebih dari setan,’’ balas Ainurr
Berdasarkan laporan media, mayat Nurul Huda ditemui dalam keadaan bogel di dalam tandas pondok pengawal keselamatan di ditandas Stesen Janakuasa Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kampung Pakajang, Tanjung Kupang, Gelang Patah.

Nurul Huda, ketika kejadian, keluar dari rumah untuk ke kedai yang terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya untuk membeli barangan.

Pada 27 Ogos 2004, Mahkamah Tinggi Johor Bahru mendapati Abbas bersalah membunuh Nurul Huda dan dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan 24 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Johor.

Abbas turut didapati bersalah membunuh Nurul Huda namun terlepas daripada hukuman mati selepas Mahkamah Persekutuan mengenepikan sabitan dan hukuman itu setelah mahkamah mendapati banyak kelemahan dalam kertas pendakwaan dan siasatan.

Turut didakwa ialah dua rakan Abbas yang lain iaitu ‘Jojo’ dan ‘Ngengel’ namun mereka dibebaskan.

Semasa membenarkan rayuan Abbas, presiden Mahkamah Rayuan ketika itu, Tan Sri Zaki Tun Azmi berkata beliau bersetuju dengan hujahan pembelaan bahawa terdapat orang ketiga yang terlibat dalam kes itu.

Disebabkan faktor usia Abbas terlepas hukuman sebatan kerana berusia 52 tahun ketika hukuman dijatuhkan.

Susulan peristiwa kejam itu juga penyanyi bersuara lunak, Allahyarhamah Adibah Noor telah memuatkan lagi ‘Terlalu Istimewa’ dalam album pertamanya yang diterbitkan pada 2005.

Ia dicipta oleh Azlan Abu Hassan dan merupakan luahan emosi Adibah ketika itu tentang kisah seorang kanak-kanak perempuan. – 19 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related