Bekas Naib Cancelor UPSI meninggal dunia 3 hari selepas dibebas mahkamah

Kata anaknya, Prof Datuk Dr Zakaria Kasa sudah beberapa tahun menghidap penyakit jantung

8:11 PM MYT

 

IPOH – Bekas Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Prof Datuk Dr Zakaria Kasa yang dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan di Putrajaya daripada tuduhan salah guna kuasa pada Khamis lepas meninggal dunia akibat sakit jantung hari ini.

Anak ketiganya Mohd Fauzi, 34, berkata arwah bapanya menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga di Hospital Slim River pada kira-kira 12.30 tengah hari tadi.

“Arwah sudah beberapa tahun menghidap penyakit jantung.

“Selepas selesai kes di mahkamah pada hari Khamis, arwah pulang ke Tanjung Malim (Muallim) dan dibawa ke hospital itu pada Jumaat lepas kerana tidak sedarkan diri dan menerima rawatan sehingga hari ini,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata jenazah dibawa ke Masjid Al-Mursyidin UPSI untuk dimandi dan disembahyangkan sebelum dibawa pulang ke kampung halaman di Kodiang Lama, Kedah untuk pengebumian malam ini.

Allahyarham yang berkhidmat di UPSI pada 2007 hingga 2018 meninggalkan seorang isteri dan enam anak.

Pada Khamis lepas, Mahkamah Rayuan di Putrajaya melepas dan membebaskan Zakaria daripada tuduhan salah guna kuasa dengan memasukkan nama anak lelakinya untuk ditemu duga di universiti berkenaan, 10 tahun lepas. – 18 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Related