‘Idea mereka lain’, Faizal Tahir tiada masalah bekerja dengan produser muzik baharu

Faizal juga menyatakan sebagai orang lama, adakalanya dia perlu belajar daripada orang muda

5:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Biarpun sudah berpengalaman luas dalam bidang nyanyian, Faizal Tahir membuktikan dirinya seorang penyanyi dan komposer yang tiada masalah untuk bekerja dengan produser muzik muda dan baharu di dalam industri ini.

Sewaktu menjayakan rakaman Darah Bangsa yang menjadi lagu runut bunyi untuk filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah, Faizal dilihat cukup terbuka menerima teguran daripada produser muzik yang mengendalikan proses rakaman lagu tersebut.

Produser muzik berkenaan meminta Faizal supaya memberikan lebih ‘swing’ dalam nyanyiannya untuk bait tertentu di dalam lagu ciptaannya itu.

Faizal sewaktu diwawancara Scoop berkata, dia tidak merasakan apabila sudah lama dalam industri muzik, dia tidak boleh mengambil pandangan dan nasihat daripada orang-orang baru.

“Sebab saya juga pun bermula begitu. Dulu masa saya masih muda, bila ada orang tak dapat terima pandangan kita, kita rasa frust (kecewa).

“Bekerja dengan orang baru adalah nikmat yang Allah SWT beri pada saya. Saya amat suka bekerja dengan mereka. Sebab idea mereka lain.

“Mereka hidup di satu era berbeza yang saya tak dapat rasakan. Kalau tidak ada yang tua tidak ada yang muda. Kalau tiada yang muda, yang tua pun tidak boleh belajar benda baharu. Jadi, saya rasa benda itu saling memerlukan,” katanya.

Menurut Faizal lagi, jika mahu bergerak ke hadapan, seseorang itu tidak boleh hanya mengikut kata diri semata-mata dan perkara yang memuaskan hati sendiri.

“Harus terbuka terima teguran daripada orang lain. Ini satu perkara yang saya harap ada pada dalam diri semua orang, walaupun kita dah lama ada dalam industri ini.

“Sebab, walaupun kita sudah lama, itu tidak bermaksud kita lebih bagus daripada orang lain. Sebab akan ada orang lain yang lebih bagus daripada kita,” katanya.

Jelas Faizal lagi, dia juga bersyukur apabila pihak Kembara Studio memberi peluang kepadanya untuk menghasilkan lagu yang boleh membawa manfaat seperti Darah Bangsa.

“Ia memberi kesedaran mengenai kewujudan bangsa Melayu dan kita juga perlu pertahankan apa yang kita ada,” katanya.

Muzik video lirik rasmi lagu Darah Bangsa yang dimuat naik di platform YouTube, Faizal Tahir sejak 29 Disember lalu sudahpun mencecah lebih 250,000 tontonan. – 18 Februari, 2024

Topics

 

Popular

New MM2H rules: reduced deposits and age limits for special economic zone applicants

They must only be 21 years old, deposit US$65,000 in Malaysian bank, half of which can be withdrawn under certain conditions after approval

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related