Disenarai ‘pengganas’ oleh FBI: Ops Ihsan tetap komited salur bantuan kepada Palestin

Surat yang tular bertujuan menyampaikan nasihat PDRM bantu sekretariat dalam pemantapan tata kelola

11:29 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sekretariat Induk Ops Ihsan komited dalam menggerakkan usaha menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin biarpun tiga individu daripada tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam disenaraikan dalam Pusat Pemeriksaan Pengganas (TCS) oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Maklumat mengenai tiga individu berkenaan dimaklumkan melalui surat daripada Kementerian Luar Negeri, semalam.

Ketua sekretariat itu dalam kenyataannya memberitahu, biarpun begitu pihaknya menyatakan kebimbangan di atas penularan surat daripada kementerian berkenaan.

Namun katanya, surat tersebut yang bertujuan menyampaikan nasihat Polis Diraja Malaysia (PDRM) merupakan langkah berterusan bagi membantu sekretariat dalam pemantapan tata kelola demi memastikan kelancaran urusan saluran bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

“Ops Ihsan adalah kolaborasi strategik di mana agensi kerajaan dan NGO bekerjasama penuh demi satu tujuan, membantu rakyat Palestin yang
terkesan dalam konflik kemanusiaan yang semakin parah ketika ini.

“Pendekatan ini telah diterapkan semenjak Ops Ihsan menjadi satu realiti pada November 2023 dan telah berjaya melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan,” katanya.

Menurutnya, di setiap perbincangan, wakil Kementerian Luar Negeri dan agensi kerajaan sentiasa berkongsi maklumat terkini dan sering menasihatkan setiap NGO mengenai kepentingan menjaga tata kelola dalam urusan menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin.

Justeru katanya, Sekretariat Induk Ops Ihsan komited menggerakkan usaha menyalurkan bantuan kemanusiaan tersebut melalui penggemblengan lebih 50 buah NGO di negara ini dengan kerjasama rapat Kementerian Luar Negeri selaku agensi penyelaras.

Bersama lebih 50 buah NGO di seluruh negara, dan dengan bekerjasama rapat Kementerian Luar Negeri, Sekretariat Induk Ops Ihsan bertindak selaku agensi penyelaras. – Gambar Ops Ihsan, 18 Februari, 18 Februari, 2024

“Isu terkait keselamatan sepertimana kandungan surat yang ditularkan kini diberi perhatian utama dalam memastikan segala atur gerak Ops Ihsan dilaksanakan dengan baik, teratur dan tersusun berdasarkan pendekatan yang telah ditetapkan,” katanya.

Semalam, pasukan misi kemanusiaan Ops Ihsan mengesahkan kesahihan surat diterima dari Kementerian Luar memaklumkan tiga individu daripada NGO Islam disenaraikan dalam TCS oleh FBI.

Tiga nama individu berkenaan adalah dari NGO Dunia Melayu Dunia Islam, Datuk Abu Bakar Abdul; Persatuan Cinta Syria, Ahmad Musa Al Nuwayri Kamaruzaman dan Aman Palestin Berhad, Awang Suffian Awang Piut.

Menerusi surat berkenaan juga, pihak Kementerian Luar meminta pihak Sekretariat Induk Ops Ihsan untuk mengambil tindakan sewajarnya memastikan tiga individu yang disenaraikan tidak lagi terbabit dengan Ops Ihsan. – 18 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Related