BUKIT MERTAJAM – Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyelesaikan penempatan semula lebih 50 warga kerja Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang terkesan dengan projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).Ā
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata penempatan semula itu membabitkan mereka yang menetap di kuarters dan ditawarkan rumah mampu milik di Teluk Kumbar.
āPeranan kerajaan negeri adalah terhad kerana projek ini dikendalikan oleh MAHB. Fasa yang akan dilaksanakan ini tidak melibatkan pengambilan tanah, jadi kerajaan negeri hanya boleh bantu dari segi penempatan semula kuarters di atas tapak itu,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Batu Kawan di Juru hari ini.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika lawatan kerja ke Pulau Pinang mengumumkan Kerajaan Persekutuan bersetuju mempercepat projek pembesaran LTAPP.
Chow berkata pihaknya menyambut baik pengumuman itu kerana jumlah pelancong ke Pulau Pinang semakin meningkat.
āProjek ini perlu disegerakan memandangkan sektor pelancongan sudahpun pulih selain penambahan penerbangan ke Pulau Pinangā¦Ā dengan penambahan itu, ia menjadikan keadaan lebih mendesak dan untuk projek ini disiapkan pun mengambil masa paling kurang tiga tahunĀ maka usaha untuk menambahĀ penerbangan mungkinĀ terhalang jika kemudahan tidak mencukupi di lapangan terbang,ā katanya. – 17 Februari, 2024