KUALA LUMPUR – Kebakaran belukar seluas kira-kira 0.4 hektar dilaporkan sedang berlaku di berhampiran bangunan JPJ Kuala Kubu Bharu.
Kerja-kerja memadamkan kebakaran sedang dijalankan oleh Bomba.
Kebakaran tersebut dipercayai punca dari pembakaran tayar terpakai.
Bagaimanapun, tindakan pantas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berjaya menghalang api marak daripada merebak dan membahayakan keadaan sekeliling.
Dalam pada itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar ketika dihubungi Buletin TV3 berkata berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.10 petang.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan setakat jam 7.15 petang, kerja pemadaman masih giat dijalankan. – 16 Februari, 2024