Jawatankuasa khas perkasa Mahkamah Syariah terbuka terima pandangan parti politik: PM 

Lebih baik pihak yang mengecam kononnya kerajaan tidak mempertahankan Mahkamah Syariah, menyertai perbincangan diadakan jawatankuasa ini

5:02 PM MYT

 

BUKIT MERTAJAM – Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk Menggubal Undang-Undang Islam, terbuka untuk berbincang dengan semua pihak, termasuk mana-mana parti politik, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, jawatankuasa itu akan meneliti semua pandangan sebelum dibawa ke peringkat seterusnya.

“Semalam Tun Zaki (Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi) dah bagi taklimat awal, depan Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah), dalam mesyuarat saya sudah setuju jawatankuasa ini bersidang, jumpalah siapapun bagi pandangan, baik dengan semua negeri, semua parti mana pun, bincanglah, ambil sikap terbuka dengan pandangan mereka,” katanya ketika berucap sebelum merasmikan Masjid Jamek Tengah Berapit di sini hari ini.

Beliau berkata, adalah lebih baik pihak-pihak tertentu yang mengecam dan mencerca kononnya kerajaan tidak mempertahankan Mahkamah Syariah, menyertai perbincangan yang diadakan jawatankuasa ini, berbanding terus menjadikan isu pembatalan beberapa kesalahan Enakmen Kanun Syariah Jenayah Kelantan baru-baru ini sebagai polemik politik.

“Bila kita dah capai persetujuan, kita bawa kepada jemaah menteri, kita persembahkan kepada Majlis Raja-Raja, bila diperkenan, kita gubal di Parlimen, minta rakan-rakan Melayu (Ahli Parlimen beragama Islam) sokong, kita pinda dan kita perbaikilah mutu Mahkamah Syariah, itu caranya,” katanya.

Perdana Menteri berkata, tanggungjawab memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah melalui jawatankuasa ini bukan hanya melibatkan negeri-negeri sahaja, malah di semua peringkat.

“Bagi kita ruang untuk baiki, janganlah kita gaduh tentang isu ini, kata Anwar ini tak peduli, sekular, dan sebagainya,” katanya pada majlis itu yang turut dihadiri Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Disember lepas, Tun Zaki dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN untuk Menggubal Undang-undang Islam (Jawatankuasa Khas) yang turut dianggotai 10 individu lain.

Semalam Anwar berkata, kerajaan Persekutuan menyambut baik titah Sultan Sharafuddin yang juga Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI), yang mahu semua pihak menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan dan kedudukan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang utama negara. – 16 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Related