Tembakan dilepaskan semasa perarakan Super Bowl, seorang maut, 22 lagi cedera

Ketua Polis Kansas City mengesahkan tiga suspek sudah ditahan bagi membantu siasatan

9:28 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang maut manakala 22 lagi cedera dalam kejadian tembakan semasa perarakan bagi meraikan kemenangan Kejohanan Super Bowl di Missouri, Amerika Syarikat.

Ketua Polis Kansas City, Stacy Graves dalam sidang media selepas insiden itu memaklumkan tembakan berlaku di bahagian barat Stesen Union.

“Pada akhir perarakan itu, terdapat tembakan yang dilepaskan di sebelah barat Stesen Union,” jelas Graves, merujuk kepada stesen kereta api bersejarah di pusat bandar Kansas City.

Dalam taklimat keduanya, Graves mengesahkan terdapat 22 mangsa cedera dalam insiden itu.

“Sekarang ini kami masih mengusahakan jumlah mangsa. Ini masih dalam siasatan aktif.

“Kami mempunyai tiga suspek yang ditahan dan dalam siasatan berhubung insiden hari ini,” katanya.

Datuk Bandar Kansas City, Quinton Lucas amat kecewa dan tidak menjangka insiden mencemaskan akan berlaku dalam perarakan tersebut.

“Ini benar-benar satu tragedi, perkara seperti itu tidak pernah kami jangkakan di Kansas City dan perkara seperti itu akan kekal di ingatan kami,” katanya.

Lucas turut menjelaskan dia sendiri terpaksa melarikan diri apabila tembakan dilepaskan.

“Saya sangat kecewa. Saya di sana bersama dengan isteri dan ibu saya. Kami tidak pernah menyangka bahawa kami bersama pemain dan ratusan peminat terpaksa berlari untuk menyelamatkan diri,” katanya. – Agensi

Topics

 

Hangat

Lim Guan Eng faces party rebellion as grassroots call for his ouster

Party insiders say growing dissent over Lim’s leadership, with critics blaming him for internal strife and strategic missteps

Umno on life support: time for Anwar to pull the plug and bury the loonies – Tuan Muda

The writer doesn't mince his words when he calls for curtains on Malaysia's once premier Malay party

No more political appointees: New Malaysian ambassador to US a career diplomat, says Tok Mat

The US has no objections with the nominee who is awaiting the Yang di-Pertuan Agong's consent

Related