Rakyat Indonesia mula mengundi, Prabowo kekal mendahului saingan

Prabowo bergandingan dengan anak sulung Jokowi, Gibran sebagai regunya untuk calon naib presiden

9:22 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Rakyat Indonesia mula mengundi untuk memilih Presiden baharu hari ini dengan bekas Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto kekal mendahului saingan.

Prabowo, 72, yang juga ketua tentera ketika pemerintahan Presiden Suharto, berada di landasan untuk mendapatkan majoriti bagi mengelakkan pusingan kedua.

Malah Prabowo memberitahu Al Jazeera pada hari terakhir berkempen bahawa beliau yakin akan memenangi pemilihan tersebut.

“Semua angka menunjukkan begitu… semangat akar umbi. Semua angka menunjukkan bahawa kami akan pergi dalam satu pusingan,” katanya.

Prabowo memerlukan lebih 50 peratus undi dan sekurang-kurangnya 20 peratus undi di lebih separuh wilayah negara itu untuk jawatan presiden.

Hampir 205 juta orang layak mengundi Prabowo atau pesaingnya, Anies Baswedan dan Ganjar Pranowo, hanya dalam Pilihan Raya Presiden kelima sejak berakhirnya pemerintahan diktator Suharto pada 1998.

Satu lagi faktor penting dalam popularitinya ialah calon pasangan Naib Presiden iaitu anak sulung Jokowi, Gibran Rakabuming Raka, 36.

Prabowo yang bertanding buat kali ketiga selepas kalah pada 2014 dan 2019 kepada Jokowi kini bergandingan dengan anak sulung Jokowi, Gibran sebagai regunya untuk calon naib presiden.

Bagaimanapun, timbul tuduhan Jokowi menggunakan dana kerajaan secara tidak wajar untuk menyokong Prabowo dan pertukaran peraturan calon bawah usia 40 tahun boleh bertanding oleh Ketua Hakim Negara yang juga abang ipar kepada Jokowi.

Sementara itu, Anies, bekas kakitangan Jokowi dan Gabenor Jakarta disifatkan akan menjadi pencabar Prabowo sekiranya berlaku undian pusingan kedua.

Hari ini diisytiharkan sebagai cuti kebangsaan dengan lebih 800,000 pusat mengundi akan beroperasi merentasi tiga zon waktu.

Pusat mengundi, setiap satu dibuka selama enam jam bermula 7 pagi hingga 1 tengah hari akan dikendalikan oleh lebih 5.7 juta petugas pilihan raya dan lebih 20,000 kerusi disediakan untuk direbut dari peringkat daerah ke kerusi Parlimen negara dan jawatan Presiden.

Keputusan rasmi tidak dijangka sehingga Mac, tetapi apa yang dipanggil ‘kiraan pantas’ dijangka memberikan petunjuk yang boleh dipercayai siapa pemenangnya.

Calon presiden dan naib presiden bagi tempoh 2024-2028 akan dipilih pengundi serta sejumlah calon anggota Majlis Permusyarawatan Rakyat (MPR), Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) dan Dewan Perwakilan Daerah (DPD).

Menurut Komisi Pemilihan Umum (KPU) Indonesia, pengundi akan menerima lima kertas undi di Tempat Pemungutan Suara (TPS). – 14 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related