Pengerusi LTAT sebenarnya letak jawatan, bukan bersara: Khaled Nordin

Katanya, pemakluman bercanggah dibuatnya sebelum ini yang mengatakan Mohamed Affandi bersara adalah berpandukan kenyataan rasmi dikeluarkan LTAT

2:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin mengesahkan Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Menurut Khaled, sebelum ini beliau mengeluarkan kenyataan bercanggah mengatakan Raja Mohamed Affandi bersara, berpandukan kenyataan rasmi dikeluarkan LTAT.

“Kenyataan (bercanggah) saya sebelum ini berpandukan pada kenyataan media diberikan LTAT.

“Sebenarnya, beliau meletakkan jawatan secara sukarela.

“Jadi tiada isu sebenarnya,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Kick Off Kajian Separuh Penggal Kertas Putih Pertahanan yang berlangsung di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sini, hari ini.

Sebelum ini, Raja Mohamed Affendi menafikan kenyataan mendakwa beliau bersara seperti dilaporkan media.

Sebaliknya, Raja Mohamed Affendi menjelaskan, beliau meletakkan jawatan biarpun kontraknya masih berbaki sehingga Ogos ini.

Datuk Seri Khaled Nordin mengesahkan Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor meletakkan jawatan sebagai Pengerusi LTAT secara sukarela. – Alif Omar/Scoop, 13 Februari, 2024

“Saya bukan bersara, saya meletakkan jawatan. Dipecat, bersara dan meletakkan jawatan adalah berbeza. Jadi bila kita meletakkan jawatan pasti ada perbezaan,” katanya.

Dalam kenyataan media bertarikh 8 Februari 2024, LTAT mengumumkan persaraan Raja Mohamed Affandi daripada jawatan Pengerusi, berkuat kuasa pada hari sama.

LTAT dalam kenyataan itu berkata, tempoh perkhidmatan Raja Mohamed Affandi yang bermula pada 2021, ditandai komitmen tidak berbelah bahagi dalam mengukuhkan tadbir urus korporat dana persaraan angkatan tentera itu.

Raja Mohamed Affandi dilantik menjadi Pengerusi LTAT pada 3 Ogos 2021, menggantikan Jeneral (B) Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin yang bersara setelah berkhidmat sebagai Pengerusi LTAT sejak Ogos 2018. – 13 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

MCMC recorded nearly 9,500 reports on cyberbullying in the last three years

Online scams are just behind with 9,321 complaints; 143 reports on child sexual content

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Related