Suspek pecah cermin kereta ditahan di Genting Highlands

Lelaki warga asing itu turut direman tiga hari bermula hari ini

6:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga asing ditahan bagi membantu siasatan kes memecahkan cermin kenderaan sebuah kenderaan lain dalam insiden pergaduhan di Kilometer 139.6 Lebuh Raya Utara Selatan (arah Utara) berhampiran Pagoh, Muar, kelmarin.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, suspek berusia dalam lingkungan 40-an itu ditahan di sekitar Genting Highlands, Pahang kira-kira jam 3.30 pagi tadi.

Menurutnya, kenderaan milik suspek yang digunakan ketika kejadian turut dirampas.

“Polis Kontinjen Johor mengesahkan membuat tangkapan ke atas seorang lelaki berusia 40-an untuk siasatan berhubung penularan video tular kejadian khianat dengan cara memecahkan cermin kenderaan.

“Tangkapan dilakukan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Johor pada 3.30 pagi, 12 Februari,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kumar berkata, suspek turut direman selama tiga hari mulai hari ini sehingga 14 Februari mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari setahun dan tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

“Kes masih diperingkat siasatan dan polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial insiden itu yang dilaporkan berlaku ketika lebuh raya sesak sempena Tahun Baharu Cina, membabitkan lelaki warga asing yang memandu kereta jenis Mitsubishi Lancer dengan pemandu Toyota Innova dipercayai warga tempatan.

Pemandu Mitsubishi dilihat cuba melanggar seorang lelaki sebelum keluar dari kenderaan sambil membawa tongkat kayu dan memukul pemandu Toyota Innova.

Bagaimanapun, insiden itu dileraikan pengguna jalan raya yang berada di lokasi. – 12 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Related