Bomba guna K9, kenal pasti punca kebakaran di Flat Sri Sabah

Mereka turut membawa tiga unit dron ke lokasi untuk membantu siasatan dan pemantauan di lokasi

2:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pasukan forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran yang memusnahkan lima kediaman di Flat Sri Sabah di sini hari ini.

Sepasukan dua pegawai dan enam anggota penyiasat kebakaran bomba hadir di lokasi kira-kira jam 11 pagi bersama dua anjing pengesan (K9), Jim dan Woody.

Mereka turut membawa tiga unit dron ke lokasi yang dipercayai digunakan untuk membantu siasatan dan pemantauan di lokasi.

Mereka seterusnya ke lokasi kebakaran di tingkat 17 dengan sepasukan anggota polis membuat kawalan di tingkat terbabit.

Terdahulu, Bomba Kuala Lumpur dalam satu kenyataan mengesahkan lima unit kediaman di Tingkat 17, Blok 70 Flat Sri Sabah, musnah dalam kebakaran, malam tadi.

Satu lagi unit kediaman yang terletak di tingkat berkenaan berjaya diselamatkan manakala lima unit kediaman yang terjejas mengalami kerosakan antara 85 hingga 97 peratus.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur menerima laporan mengenai kebakaran itu pada jam 9.19 malam.

Api berjaya dipadamkan pada jam 11.22 malam dan buat masa ini, pihak bomba masih menjalankan siasatan untuk mengetahui punca sebenar kebakaran serta jumlah kerugian.

Sementara itu, seorang penghuni tingkat 16, Nathan, 38, berkata, ketika kejadian, dia yang sedang berada di Taman Mahkota Cheras di sini dikejutkan dengan panggilan daripada ibunya yang memaklumkan kejadian itu.

“Ketika ibu telefon, dia sangat takut serta hampir menangis sebelum tanya apa perlu dilakukan kerana rumah di tingkat atas telah terbakar.

“Saya terus minta dia dan adik menyelamatkan diri sebelum mereka turun ke bawah menggunakan tangga,” katanya.

Tambahnya, ibunya yang berusia 68 tahun itu masih trauma dan kini tinggal di kediamannya sementara menunggu pihak bomba selesai melakukan siasatan di lokasi kejadian. – 12 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related