Pencak silat cerah dipertandingkan dalam Sukan Asia 2026

Kali terakhir pencak silat dipertandingkan dalam temasya empat tahun sekali itu adalah di Jakarta-Palembang 2018

11:53 AM MYT

 

MELAKA – Peluang sukan pencak silat dipertandingkan semula dalam Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 dilihat cerah berikutan pelbagai usaha giat dilakukan bagi melobi selain menerima respons positif daripada pihak tuan rumah.

Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, hal ini berikutan negara penganjur temasya itu turut mempunyai Persatuan Pencak Silat Jepun (JPSA) yang telah wujud sejak puluhan tahun lepas dan ia bukan sukan seni mempertahankan diri baharu di negara berkenaan.

Beliau berkata, perkembangan dan populariti sukan itu yang semakin meningkat di rantau Asia juga tidak boleh dinafikan selain turut mempunyai persekutuan pencak silat di setiap wilayah iaitu Asia Barat, Asia Timur, Asia Selatan, Asia Tenggara dan Asia Tengah.

“Ini antara peluang dan senjata yang baik untuk kita melobi dan saya nampak ada peluang kerana kita telah menghantar permohonan memandangkan terdapat acara sukan yang masih boleh dipertimbangkan untuk dipertandingkan.

“Saya juga berterima kasih kepada Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria yang membantu dan menghantar surat kepada MOM Jepun untuk melihat permohonan Persekutuan Pencak Silat Asia (APSIF) bagi membolehkan silat dipertandingkan pada temasya itu nanti,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Terdahulu, beliau menyempurnakan majlis Perasmian Kejohanan Silat Piala Laksamana Putra di Dewan Tun Ali Bukit Katil yang berlangsung dari 8 hingga 12 Februari dan mendapat penyertaan sebanyak 1,623 pesilat dari seluruh negara.

Mengulas lanjut, Megat Zulkarnain berkata, pada minggu lepas pihaknya telah berbincang dengan Presiden Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (Pesilat), Prabowo Subianto untuk meneruskan usaha melobi selepas 14 Februari nanti.

“Saya yakin dan percaya untuk ke Sukan Asia 2026 ini bukan lagi masalah besar kerana pencak silat pernah dipertandingkan pada Sukan Asia 2018 dan proses melobi berjalan dengan baik,” katanya dan menambah kali terakhir acara silat menyertai temasya itu ialah semasa Sukan Asia Jakarta – Palembang (2018) sebelum diketepikan pada Sukan Asia Hangzhou 2022 yang berlangsung September tahun lepas.

Dalam pada itu, beliau berkata, Pesaka juga telah menetapkan satu garis panduan baharu kepada penganjur kejohanan silat di negara ini dengan tidak membenarkan waktu pertandingan melebihi masa ditetapkan sehingga lewat malam dan memendekkan masa kepada hanya satu pusingan pertandingan.

Megat Zulkarnain berkata, setiap kejohanan yang diadakan hendaklah menepati kehendak pesilat yang datang dari jauh dan mana-mana penganjur tidak dibenarkan untuk mengambil keuntungan semata-mata.

“Kita tidak mahu kejadian yang berlaku baru-baru ini di Kuala Lumpur berulang tanpa mengambil kira jumlah kekuatan pegawai teknikal dan gelanggang yang dipertandingkan dengan menerima lebih 3,000 pesilat.

“Tetapi akhirnya pertandingan itu melewati pukul 3 hingga 4 pagi dan ada yang dipendekkan satu pusingan … ini tidak baik bagi imej persilatan secara keseluruhan dan sebab itulah Pesaka mengetatkan syarat pertandingan,” katanya. – 11 Februari, 2024

Topics

 

Popular

Malaysia’s no-show at a crucial migration conference — A. Balasubramaniam

Vice-president of the Malaysian Trades Union Congress says country, with 2.37 mil registered migrant workers and currently the Asean chair, cannot afford to miss crucial discussions on migration

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

[UPDATED] Petronas confirms ongoing productivity reviews to ‘eliminate inefficiencies’

Responding to Scoop, industry giant said it aims to become ‘operationally focused, commercially agile and cost-efficient’, but did not clarify if it is linked to Petros deal

Related