Jenazah pendaki wanita, Zahalita Othman selamat dikebumikan

Suasana pilu menyelubungi kawasan perkuburan yang dihadiri ahli keluarga, penduduk setempat dan kenalan rapat kepada ibu lima anak itu

9:28 AM MYT

 

KOTA TINGGI – Jenazah pendaki, Zahalita Othman, 52, yang meninggal dunia akibat sesak nafas ketika mendaki Gunung Reskit di Kuala Tahan, Pahang, Selasa lalu selamat dikebumikan pada pukul 2 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Felda Sungai Mas di sini.

Suasana pilu menyelubungi kawasan perkuburan yang dihadiri ahli keluarga, penduduk setempat dan kenalan rapat kepada ibu lima anak itu.

Sebelum itu, jenazah disolatkan di kampung halamannya pada 1.15 pagi sejurus selepas van yang membawa jasad Allahyarham dari Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan tiba.

Sementara itu, anak ketiga Zahalita iaitu Luqman Haziq Saharuddin, 25, mengakui masih terkejut dengan pemergian ibunya.

“Ibu mula minat mendaki sejak empat atau lima tahun lepas. Mula-Mula agak terkejut dan seperti tidak percaya ibu sudah tiada sebab kita kenal ibu kita, dia tiada sakit dan seorang yang sihat tetapi kami reda dengan pemergiannya,” katanya.

Safiyyah Umairah, 17, yang juga anak bongsu Allahyarham pula berkata, wanita itu sempat memasak dan menyimpan bekalan masakan selama seminggu untuk anak-anaknya.

“Kebiasaannya, ibu akan minta kami masak sendiri sebab selalunya ibu mendaki ke mana-mana tempat dalam tiga atau empat hari sahaja tetapi kali ini ambil masa seminggu dan ibu siap pesan kepada kami untuk panaskan masakan tersebut.

“Kali terakhir sebelum pergi mendaki, ibu juga sempat meminta kami mendoakan semoga ibu selamat pergi dan balik,” katanya.

Jasad Zahalita berjaya dibawa keluar dari lokasi gunung tersebut selepas usaha yang dilakukan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sebelum itu gagal akibat cuaca buruk.

Mangsa yang meninggal dunia pada 7.30 pagi mengikuti program pendakian gunung bersama kumpulannya sejak 1 Februari lalu. – 9 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Malaysia’s no-show at a crucial migration conference — A. Balasubramaniam

Vice-president of the Malaysian Trades Union Congress says country, with 2.37 mil registered migrant workers and currently the Asean chair, cannot afford to miss crucial discussions on migration

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related