Polis lepas 12 das tembakan supaya buaya lepaskan mangsa dibaham

Bagaimanapun hanya kaki kiri mangsa ditemukan dan tiada pengecaman mangsa dilakukan oleh ahli keluarga

8:27 AM MYT

 

KINABATANGAN – Polis Kinabatangan terpaksa melepaskan 12 das tembakan supaya seekor buaya melepaskan seorang mangsa yang dibaham haiwan berkenaan di Ladang Limddale, Kampung Paris 2 dekat sini semalam.

Bagaimanapun hanya kaki kiri mangsa ditemukan, menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Sabah malam ini.

“Mangsa telah dijumpai oleh pasukan penyelamat pada 5.45 petang tadi di dalam mulut buaya. Pihak polis melepaskan 12 das tembakan sehingga buaya berkenaan melepaskan mangsa.

“Hanya kaki kiri mangsa sahaja dijumpai. Tindakan pengecaman mangsa dilakukan oleh ahli keluarganya,” menurut kenyataan itu.

Mangsa seorang lelaki Indonesia dikenali sebagai Roberto Martinus, 48, yang dilaporkan hilang lebih kurang 6.40 pagi semalam, dikhuatiri dibaham buaya semasa menjalankan aktiviti memancing di sebatang sungai di ladang berkenaan.

Tiga anggota polis, tiga staf Jabatan Hidupan Liar dan 35 orang awam menyertai operasi mencari mangsa. – 9 Februari, 2024

Topics

Hangat

China’s rising 17-year-old badminton star, Zhang Zhijie, dead after collapsing on court

He was participating in the ongoing Asian Junior Badminton Championships in Indonesia

Local label Rizman Ruzaini to design Malaysia’s kit for Olympics opening ceremony?

Fashion house has dressed many high-profile figures, including squash icon Datuk Nicol David and top model Naomi Campbell

Poor driver vetting will steer public away from inDrive, says assault victim’s lawyer

Victim has criticised the company’s lack of transparency and slow response, is prepared to take legal action

Related