Bangkit pertahan hak rakyat Palestin, ambil iktibar peristiwa Israk Mikraj: PM

Menurutnya, segala usaha harus didukung bagi memastikan keadilan tertegak

10:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak masyarakat mengambil iktibar daripada peristiwa Israk dan Mikraj yang dilalui Nabi Muhammad SAW.

Perdana Menteri berkata, umat Islam dituntut agar beristiqamah dalam mendirikan solat lima waktu, kasih dan ihsan terhadap fakir miskin serta membenam perilaku dusta dan nafsu serakah.

Menurutnya, ia merupakan syarat bagi melonjakkan kebangkitan dan kemajuan bangsa yang turut terpakai dalam hal yang menggusarkan berkait pemerasan ke atas rakyat Palestin.

“Iktibar Israk dan Mikraj malar segar dan harus diperingatkan agar umat waspada dan berubah, sementelahan pula Baitul Maqdis di Palestin itulah jua asas kepada mikraj Baginda dalam pendakiannya menuju puncak cakerawala.

“Maka, harus kita dukung sekalian usaha buat memastikan keadilan tertegak, bermula dari dalam diri hinggalah kepada keadilan masyarakat. Bebas al-Quds! Merdeka Palestin! Moga kezaliman tumpas dan umat terbela,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Menceritakan semula peristiwa Israk dan Mikraj, Anwar berkata, Rasulullah SAW diberi keistimewaan luar biasa tatkala Baginda dibawa menerobos langit malam bagi menerima perintah baru dari Yang Maha Esa.

Katanya, apatah lagi perjalanan itu juga sebagai mengubat hati Baginda yang pilu setelah pemergian suri hatinya, Khadijah dan bapa saudara, Abu Talib.

“Sementara itu, perjalanan Israk dan Mikraj itu menjadi penguat keimanan terhadap kerasulan Baginda.

“Peristiwa itu juga mengungkap 1001 iktibar yang dipertontonkan terkait soal akidah dan akhlak bagi seorang hamba, maka hampir wajib ibrahnya dibugar di sepanjang zaman,” katanya. – 7 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related