Romantis sekali aksi Mahalini dan tunangnya, Rizky Febian saat membawakan lagu duet bersama

Konsert Mahalini Lovechestra bertemakan all-white dan turut diserikan dengan iringan kumpulan orkestra seramai 20 orang pemuzik profesional tempatan

5:51 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Romantis dan penuh dengan elemen cinta. Sesuai dengan temanya iaitu all-white dan lovechestra (love dan orchestra) ini, konsert Mahalini Lovechestra memang dipenuhi dengan lagu-lagu cinta yang membangkitkan elemen romantisme dalam kalangan penonton.

Ternyata, kesemua penonton yang hadir dibuai asyik oleh kemerduan suara dimiliki Mahalini selama hampir dua jam dia menyanyikan sekitar 16 lagu termasuk Sial, Sisa Rasa, Melawan Restu, Bohongi Hati, Kisah Sempurna.

Terdahulu Mahalini membuka tirai persembahannya itu dengan lagu hitnya, ‘Bawa Dia Kembali’ di konsert yang diadakan di Megastar Arena di Sungai Wang Plaza, malam tadi.

Kesemua penonton yang hadir dibuai asyik oleh kemerduan suara dimiliki Mahalini selama hampir dua jam dia menyanyikan sekitar 16 lagu – Gambar Joeprcpublicist, 4 Februari, 2024

Mahalini juga nampaknya tidak mampu berenggang daripada Rizky Febian dan turut menampilkan tunangnya itu untuk membawakan beberapa lagu duet di dalam konsertnya yang dianjurkan Kharisma Music.

Kehadiran Rizky berjaya mendapat sorakan penonton yang riuh memanggilnya dengan nama Iky, sebelum mereka membawakan lagu-lagu duet seperti Aku Yang Salah, Janji Kita, Satu Tuju dan juga You’re Mine.

Tidak hanya setakat itu, mereka juga cukup terbuka untuk memperlihatkan kemesraan mereka dengan babak-babak romantis di pentas.

Sebagai penyanyi undangan, Rizky juga turut diberi peluang mendendangkan lagu Selaras Kata dari album terbaharunya, Berona.

Mahalini dan Rizky Febian cukup terbuka untuk memperlihatkan kemesraan mereka dengan babak-babak romantis di pentas – Gambar Joeprcpublicist, 4 Februari, 2024

Rata-rata peminat tegar Mahalini berpuas hati dengan keseluruhan persembahan konsertnya itu, apatah lagi bila ia turut diserikan dengan iringan kumpulan orkestra seramai 20 orang pemuzik profesional tempatan.

Penglibatan mereka ini adalah hasil pemilihan daripada pengarah muzik khas dari Indonesia iaitu Ronald Steven, Adrian Kitut, Raymond Aditya dan Dennis Nusi yang bertanggungjawab merealisasikan repertoire Mahalini.

Sementara itu, Ketua Pengarah Eksekutif & Pengasas Kharisma Music, Ahmad Jeffny pula berkata, percaturan pihaknya membawa Mahalini ke Malaysia membuahkan hasil.

“Pihak kami memilih untuk membawa Mahalini kerana berdasarkan pencapaian beliau dalam meraih pelbagai anugerah serta pengiktirafan di industri muzik Indonesia, dengan jumlah penstriman paling tinggi di Spotify (Indonesia), selain lagu-lagu nyanyian sering menjadi viral di media sosial,” katanya. – 4 Februari, 2024

Topics

 

Popular

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Elderly, disabled face ‘roadblocks’ as public transport goes fully digital

Consumer group urges government and public transport companies to be more inclusive with digitalisation approach

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related