Fahmi, Azalina, Gobind akan duduk berbincang isu keselamatan dalam talian

Aspek kawal selia diperlukan antaranya untuk melihat isu pemilikan akaun TikTok dalam kalangan kanak-kanak berusia bawah 13 tahun

3:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil akan mengadakan mesyuarat bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkaitan pelaksanaan jawatankuasa teknikal melibatkan isu keselamatan dalam talian, terutama dalam kalangan kanak-kanak.

Beliau berkata, keselamatan kanak-kanak menjadi keutamaan kerajaan dengan satu daripada fokus adalah untuk memastikan pematuhan kepada undang-undang sedia ada menerusi media sosial.

“Insya-Allah dalam masa terdekat, kita akan selaraskan dengan beberapa kementerian untuk melihat dari segi perundangan apa yang perlu dipinda atau diwujudkan serta tindakan-tindakan yang perlu diambil sekarang,” katanya selepas melancarkan Youth Empowerment Fair (YEF2024) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Pada masa sama, Fahmi berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan pihak TikTok selepas perayaan Tahun Baharu Cina, serta beberapa pengendali media sosial lain untuk membincangkan isu keselamatan kanak-kanak dalam talian.

Terdahulu ketika menjadi panel dalam forum YEF2024, Fahmi turut berkongsi pengalaman di kawasannya di Lembah Pantai apabila terdapat ramai pelajar sekolah bawah umur yang mempunyai akaun TikTok.

Justeru beliau berkata, aspek kawal selia diperlukan antaranya untuk melihat isu pemilikan akaun TikTok dalam kalangan kanak-kanak berusia bawah 13 tahun.

Sementara itu, Fahmi mengingatkan pempengaruh untuk mengawal secara kendiri dan berhati-hati apabila mengendalikan podcast atau memuat naik kandungan di media sosial supaya tidak memberikan kesan kepada masyarakat.

Beliau berkata, kerajaan akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa serta meneliti sebarang tindakan yang perlu diambil.

“Di kawasan saya Lembah Pantai, saya minta guru-guru besar, PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) untuk menyampaikan kepada ibu bapa dan kanak-kanak sekolah rendah untuk berhati-hati dengan apa yang mereka peroleh daripada media sosial termasuk podcast dan platform TikTok supaya tidak terpengaruh.

“Insya-Allah, kita akan selaraskan beberapa tindakan kerjasama yang boleh diusahakan sekali dengan Kementerian Pendidikan,” katanya, merujuk kepada isu pempengaruh media sosial yang sering kali membuat kandungan kurang membina. – 4 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Related