Menjelang konsert Ed Sheeran, Taylor Swift: Lebih 1,500 jadi mangsa penipuan tiket konsert

Polis Singapura mengeluarkan peringatan dengan maklumat terkini jumlah kes sepanjang setahun ini

10:16 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lebih 1,500 orang menjadi mangsa penipuan tiket konsert di Singapura sepanjang tahun lalu, menyebabkan kerugian S$1.1 juta (RM3.86 juta).

Channel News Asia melaporkan, polis memberikan maklumat terkini mengenai kes berkenaan untuk tempoh Januari 2023 sehingga Januari lalu dalam satu peringatan dikeluarkan semalam.

Polis Singapura turut menggesa orang ramai supaya berhati-hati apabila membeli tiket konsert daripada pihak ketiga khususnya secara dalam talian, menjelang konsert artis popular seperti Ed Sheeran, Taylor Swift dan Shinee beberapa bulan akan datang ini.

Menurut polis, sindiket penipuan biasanya akan menyiarkan iklan tiket di media sosial dengan kebanyakannya dilaporkan berlaku dalam Telegram.

Mangsa kemudiannya diarahkan membuat pembayaran melalui PayNow atau pindahan bank.

Selepas membuat pembayaran, sindiket kemudiannya akan meminta bayaran tambahan dengan alasan-alasan tertentu, menangguhkan penghantaran tiket dan kemudiannya gagal dihubungi.

Beberapa mangsa mengadu tiket yang dibeli tidak sah ketika berada di pintu masuk lokasi konsert diadakan. – 4 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Ramli Ngah Talib next Governor of Penang?

Former Perak Mentri Besar expected to succeed Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak in May, with the latter only having served one term

Ramli Ngah Talib bakal Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang?

Bekas Menteri Besar Perak itu dijangka menggantikan Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak pada Mei, selepas berkhidmat hanya satu penggal

Ramadan slapping incident: elderly man to be charged today

Johor Bahru Utara police say state deputy public prosecutor has given green light for charge of voluntarily causing hurt

Related