‘Saya tidak kecil hati ditegur, tapi…’ Hassan Karim sedia dipecat

"Inilah kali pertama saya ditegur secara keras dan diumumkan secara terbuka di media sosial atas kesalahan menyatakan fikiran dan pandangan politik."

7:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim bersedia dipecat oleh PKR sekiranya tindakan beliau untuk mempertahankan hak bersuara dan menyatakan fikiran dianggap sebagai satu kesalahan.

Hassan yang mengulas mengenai teguran daripada Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil berkata, beliau secara terbuka bersedia jika parti itu ingin memulakan prosiding disiplin ke atasnya.

Memandangkan teguran keras itu, katanya, diumumkan secara terbuka maka beliau juga menyatakan tidak ada kegentaran dan ketakutan di pihaknya di atas teguran daripada Fahmi, selaku jurucakap kerajaan dan Ketua Penerangan.

“Memang wajar YB Menteri Fahmi selaku Jurucakap Kerajaan Perpaduan dan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat untuk menegur dengan keras anggota parti yang dianggap telah melakukan kesalahan disiplin kerana bersuara lantang.

“Saya telah menjadi anggota parti secara rasmi 46 tahun yang lalu pada tahun 1978 sebagai anggota Parti Rakyat Malaysia (PRM). Sepanjang tempoh lebih 4 dekad itu, inilah kali pertama saya ditegur secara keras dan diumumkan secara terbuka di media sosial atas kesalahan menyatakan fikiran dan pandangan politik. Saya tidak berkecil hati,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Selaku Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil menegur tindakan Hassan Karim mengkritik Umno, terutama presidennya, Datuk Seri Zahid Hamidi secara terbuka. – Abdul Razak Latif/Scoop, 3 Februari, 2024

Terdahulu, Fahmi telah memberi teguran keras kepada Hassan supaya tidak mencampuri urusan parti orang lain.

Tegas beliau, sekiranya terdapat teguran yang hendak dikemukakan maka ia perlu dilakukan secara tertib dengan menyampaikan kepada pimpinan untuk diuruskan dengan baik.

Ia susulan gesaan Hassan sebelum ini yang menggesa supaya Umno membuat rombakan pemimpin baharu bagi mendapatkan undi Melayu untuk Barisan Nasional-Pakatan Harapan (BN-PH).

Katanya, selagi dipimpin oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, masyarakat Melayu sukar menyokong Umno, BN dan gabungannya (BN-PH). – 3 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related