Hassan Karim diberi teguran keras, tidak ‘jaga kain’ parti orang lain

Fahmi Fadzil juga menegur pemimpin politik termasuk dari ‘parti sama dengan beliau’ agar tidak terlalu cepat memberi komen yang boleh mengguris hati sahabat dalam kerajaan Madani

6:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil memberi teguran keras kepada Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim supaya tidak mencampuri urusan parti orang lain.

Tegas beliau, sekiranya terdapat teguran yang hendak dikemukakan maka ia perlu dilakukan secara tertib dengan menyampaikan kepada pimpinan untuk diuruskan dengan baik.

Fahmi juga Menteri Komunikasi berharap agar pimpinan politik termasuk dari ‘parti sama dengan beliau’ untuk bermuhasabah dan tidak terlalu pantas dalam memberi komen yang boleh mengguris hati sahabat dalam kerajaan Madani selain boleh membuka peluang kepada pihak yang hendak menangguk di air keruh.

Hassan Karim sebelum ini menggesa Umno membuat rombakan pemimpin jika mahu mendapatkan undi Melayu kerana selagi diketuai oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi masyarakat Melayu sukar memberikan sokongan. – Gambar media sosial, 3 Februari, 2024

“Saya ada menghubungi beliau dan memberi teguran keras tentang ini. Beliau tidak patut mengeluarkan kenyataan seperti itu. Jangan jaga kain parti orang lain. Beliau sahabat dan saya hormati serta mempunyai prinsip tetapi cara beliau tidak membantu.

“Kalau kita buat begitu, ada pihak yang akan mengambil kesempatan. Bukan tempat saya untuk memberi teguran kepada mana-mana pimpinan atau ahli parti, namun kita mohon kerjasama dari semua dalam kerajaan Madani,” katanya seperti yang dilaporkan Bernama.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan Ujian Kualiti Perkhidmatan Selular di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Bukit Goh, di Kuantan, hari ini.

Hassan sebelum ini dilaporkan menggesa supaya Umno membuat rombakan pemimpin baharu bagi mendapatkan undi Melayu untuk Barisan Nasional -Pakatan Harapan (BN-PH).

Katanya, selagi dipimpin oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, masyarakat Melayu sukar menyokong Umno, BN dan gabungannya (BN-PH). – 3 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Tennis star Kyrgios enjoys Raya with family in Malaysia

Born Nick Hilmy Kyrgios, he boasts Malaysian heritage through his mother, Norlaila – affectionately known as Nil. 

Malaysia’s new social media regulatory framework: What you need to know

New rules aim to curb cybercrime and online harm, individual users not affected

Related