Warga emas antara 12 direman kes bakar mercun atas jalan berkaitan unsur gengsterisme

Kejadian dipercayai berlaku di Kayu Ara Petaling Jaya pada tarikh dan masa yang belum dipastikan lagi

9:17 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seramai 12 individu ditahan polis berhubung kes membakar mercun di atas jalan raya dan menghalang lalu lintas dalam kejadian di Kampung Sungai Kayu, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisiner Mohd Fakhrudin Abd Hamid berkata, ketika penahanan kumpulan lelaki tempatan berusia antara 22 hingga 68 tahun itu kelmarin, polis turut merampas sebuah kenderaan serba guna (MPV) jenis Toyota Vellfire putih dan alat kawalan jauh.

“Pada 1 Februari 2024 jam 9 malam, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling Jaya terkesan satu video berdurasi 22 saat yang tular di media sosial Facebook, memaparkan seorang individu membakar mercun sambil menghalang lalu lintas di persimpangan lampu isyarat.

“Sejurus kemudian terdapat beberapa konvoi motorsikal yang mengiringi sebuah MPV jenis Toyota Vellfire putih menggantung banner berunsurkan gengsterisme,” katanya menerusi kenyataan.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati, hantaran itu di muat naik pemilik sebuah akaun Facebook pada 1 Februari, jam 2 petang.

“Kejadian dipercayai berlaku di Kayu Ara Petaling Jaya pada tarikh dan masa yang belum dipastikan lagi.

“Hasil semakan rekod jenayah lampau mendapati, enam daripada 12 individu itu mempunyai tujuh rekod jenayah, satu rekod dadah dan satu senarai orang dikehendaki (wanted) berhubung kes komersil di Penampang, Sabah,” katanya.

Fakhrudin berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 7(a) Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966.

Katanya, jika disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 7(a) Akta Bahan Letupan 1957, suspek boleh dikenakan penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.

Manakala, tegasnya, bagi kesalahan di bawah Akta pertubuhan 1966, suspek boleh dikenakan penjara tidak lebih daripada tiga tahun atau denda tidak lebih daripada RM5,000 atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

“Kesemua 12 OKT (orang kena tuduh) yang ditangkap dibawa kehadapan Majistret Mahkamah Petaling Jaya semalam dan permohonan reman dibenarkan sehari bagi tiga individu terbabit, manakala sembilan direman empat hari.

“Orang ramai dinasihatkan tidak membakar mercun sesuka hati di tempat awam dan membahayakan keselamatan awam, malah tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang melakukan kesalahan terbabit,” katanya. – 3 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related