‘Najib terus dilukakan’ luah Puad

Puad Zarkashi mendakwa, ada pihak yang tidak mahu pengampunan penuh diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

8:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Amat melukakan apabila Datuk Seri Najib Razak gagal mendapat pengampunan penuh, demikian luah kekecewaan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi.

Menurut Puad, banyak pihak akan berpesta dan Najib adalah ‘wow’ faktor pemulihan bagi parti berkenaan tetapi kini senjata kebangkitan Umno itu telah ditumpulkan.

“Najib gagal dapat pengampunan penuh. Ia amat melukakan. Orang lain boleh, dia tidak boleh. Ada yang mahu ia tidak dibolehkan,’’ katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Tegasnya, Najib mesti kembali aktif dengan memberikan idea dan kritikan dalam isu ekonomi serta kesejahteraan rakyat.

“Fizikal terkurung tetapi pemikirannya tidak.

“Buatlah apa sahaja kepada Najib, yang setia tetap bersama. Kifarah tidak akan salah Alamat,’’ katanya.

Beliau mengulas mengenai keputusan Lembaga Pengampunan hari ini yang bersetuju untuk Najib dibebaskan pada tarikh pembebasan awal iaitu 23 Ogos 2028 dan denda yang perlu dibayar iaitu sebanyak RM210,000,000 dikurangkan kepada RM50,000,000.

Menurut Urusetia Lembaga Pengampunan, jika denda itu tidak dibayar, tempoh penjara bagi Najib akan ditambah selama setahun di mana tarikh pembebasan beliau adalah pada 23 Ogos 2029. – 2 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related