Isu pemilikan akaun kanak-kanak bawah umur akan dibincang dengan TikTok: Fahmi

Fahmi berkata beliau juga akan berbincang dengan Jabatan Peguam Negara jika perlu mengambil tindakan perundangan terhadap pengurusan TikTok

2:12 PM MYT

 

KUANTAN – Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata isu pemilikan akaun TikTok oleh kanak-kanak bawah usia 13 tahun antara isu dipertimbang untuk diutarakan kepada pengurusan platform media sosial tersebut. 

Beliau berkata terdapat sedikit kerisauan berhubung pemilikan akaun TikTok oleh golongan terbabit selain garis panduan komuniti media sosial tersebut menyatakan kanak-kanak bawah usia 13 tahun tidak dibenarkan untuk membuka akaun di platform itu. 

“Tetapi berdasarkan pengalaman, termasuk mereka di kawasan saya (Parliman Lembah Pantai), ramai pelajar sekolah rendah yang ada akaun TikTok. Ini suatu keadaan yang amat menggusarkan dan merisaukan. 

“Ada beberapa trend yang tidak baik yang kita lihat tular di media sosial termasuk TikTok dan kanak-kanak boleh terikut. Saya rasa kita perlu awasi apa yang anak-anak layari bila menggunakan Internet. 

“Kita mungkin perlu memanggil pengurusan TikTok untuk mendapatkan penjelasan dari segi penguatkuasaan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjung hormat ke atas Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Wisma Sri Pahang di sini hari ini. 

Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa. 

Selain itu, Fahmi berkata beliau juga akan berbincang dengan Jabatan Peguam Negara jika perlu mengambil tindakan perundangan terhadap pengurusan TikTok berhubung pemilikan akaun oleh kanak-kanak, seperti yang telah dilakukan negara luar.

Ditanya jika TikTok telah melakukan penambahbaikan selepas dinyatakan pematuhan operasinya terhadap undang-undang Malaysia masih tidak memuaskan dan perlu diperbetulkan sebelum ini, Fahmi berkata: “Mereka telah memperbaik, namun tindakan berkaitan sedang diteliti bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). 

“Kita sudah ada beberapa pertemuan dengan Jabatan Peguam Negara dan sedang teliti beberapa aspek dan akan bawa satu memorandum Jemaah Menteri untuk diputuskan sebelum kita mengambil tindakan,” katanya. 

Fahmi berkata tindakan itu dibuat kerana berlaku penyalahgunaan media sosial itu antaranya dalam isu seperti ekstremisme, fahaman agama melampau, budaya takfiri dan isu yang boleh menjejaskan keharmonian negara. – 2 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Related