Pinda Perlembagaan Bersatu tindakan terdesak, ‘Muhyiddin tidak relevan lagi jadi PM, beliau gagal’

Mustapha berkata, secara logik, Muhyiddin perlu melepaskan enam Ahli Parlimen yang menyokong kepimpinan Anwar mengikut hala tuju parti mahu disertai mereka susulan perubahan sokongan ditunjukkan

9:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Cadangan meminda Perlembagaan Bersatu bagi menuntut mana-mana ahli yang menyokong pihak lawan supaya mengosongkan kerusi Parlimen, dianggap tindakan terdesak.

Setiausaha Agung Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub berkata, langkah itu terpaksa diambil Bersatu susulan kepincangan parti terbabit selepas enam wakil rakyatnya, mengisytiharkan sokongan terbuka terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, secara logiknya, sebagai Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu melepaskan keenam-enam Ahli Parlimen itu mengikut hala tuju parti mahu disertai mereka, susulan perubahan sokongan ditunjukkan.

“Saya melihat pindaan Perlembagaan itu satu tindakan terdesak kerana sekarang ini sudah enam orang wakil rakyat Bersatu menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.

“Sekiranya mereka (keenam-enam) ahli itu nak masuk Umno, kami mengalu-alukan sebab kebanyakannya mereka memang berasal daripada Umno dahulu.

“Kalau sayalah jadi Presiden Bersatu, saya tolak dia (enam wakil rakyat isytihar sokongan kepada Perdana Menteri) dan tidak akan simpan sebab terbukti (mereka) tiada ketaatsetiaan kepada partinya…itu kalau sayalah, saya akan lepaskan,” katanya kepada Scoop.

Terdahulu, Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris memaklumkan pindaan Perlembagaan parti itu akan dibuat dalam masa terdekat menerusi Perhimpunan Agung Khas yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Razali berkata, pindaan itu bagi memastikan ahli parti yang bertindak memberi sokongan kepada pihak lawan mengosongkan kerusi Parlimen disandang, sekali gus membolehkan pilihan raya kecil diadakan.

Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal antara enam Ahli Parlimen Bersatu yang mengisytiharkan sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – Alif Omar/Scoop, 2 Februari, 2024

Setakat ini, enam Ahli Parlimen Bersatu menyatakan sokongan kepada Anwar, iaitu Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang); Zahari Kechik (Jeli); Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang); Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar); Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan terbaru, Datuk Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).

Sementara itu, Mustapha turut menegaskan Muhyiddin sudah tidak relevan bergelar Perdana Menteri sekali lagi, sekiranya itu menjadi agendanya enggan meletakkan jawatan, biarpun sudah banyak ahli parti mengalih sokongan kepada pihak lawan.

Tegasnya, berdasarkan rekod, Muhyiddin adalah antara mantan Perdana Menteri paling gagal dalam pentadbiran jika dibandingkan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sepanjang bertukar tampuk pemerintahan dari tahun 2018 hingga 2022.

Mustapha Yaakub menegaskan, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah tidak relevan bergelar Perdana Menteri sekali lagi, sekiranya itu menjadi agendanya enggan meletakkan jawatan Presiden Bersatu. – Gambar Scoop, 2 Februari, 2024

“Muhyiddin dah tak relevan lagi untuk menjadi Perdana Menteri, beliau terbukti gagal selama 17 bulan (bergelar Perdana Menteri) berbanding Tun Mahathir (21 bulan) dan Datuk Seri Ismail Sabri (15 bulan).

“Kalau dilihat, dalam tiga-tiga ini Muhyiddin yang tercorot prestasinya…sebab itu saya kata beliau dah tak relevan,” katanya.

Malah, Mustapha berkata, PAS sendiri sudah ada calon Perdana Menteri, iaitu Datuk Seri Ahmad Samsuri seperti digembar-gemburkan.

“Kalau saya jadi penyokong PAS dan Bersatu, sudah tentu saya akan pilih Samsuri sebab beliau dilihat ada wawasan.

“Saya cakap begini bukan sebab nak berkempen untuk Samsuri, sebaliknya nak buat perbandingan di antara Samsuri dan Muhyiddin,” katanya. – 2 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related