Mahkamah Selayang benarkan kes hasutan Sanusi dipindah ke Mahkamah Tinggi

MB Kedah itu menghadapi dua pertuduhan mengeluarkan kata-kata hasutan berkaitan pelantikan MB Selangor, pembentukan Kerajaan Perpaduan pada Julai 2023

1:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berjaya dalam usahanya memindahkan dua pertuduhan menghasutnya dari Mahkamah Sesyen Selayang ke Mahkamah Tinggi di sini.

Hakim Datuk Aslam Zainuddin memutuskan demikian selepas meneliti penghujahan bertulis, afidavit dan hujahan lisan daripada kedua-dua pihak.

Permohonan Sanusi difailkan pada 15 Januari lalu dan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara pada hari berikutnya.

Sanusi didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur hasutan berhubung pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam ceramah pada Julai tahun lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jeneri itu didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara-Kg Bendahara, Gombak, kira-kira jam 11 malam, 11 Julai lalu.

Kedua-dua pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) undang-undang sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. – 1 Februari, 2024

Topics

 

Hangat

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related