Sambutan hebat, KLIFAA 2024 terima lebih 1,000 penyertaan dari 98 negara dalam tempoh 19 hari

Jumlah penyertaaan itu dijangka bertambah dalam tempoh tiga bulan akan dating

12:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penganjuran Anugerah Akademi Filem Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFAA) 2024 yang julung kali bakal diadakan Ogos ini sudah menerima 1,058 penyertaan dari 98 negara sejak dibuka pada 12 Januari lalu.

Pengarah Eksekutifnya, Zafor Firoze berkata, pihaknya yakin jumlah penyertaan akan mencapai jumlah tertinggi dalam tempoh tiga bulan akan datang apabila penyertaan ditutup pada 31 Mei.

Pengarah Eksekutif KLIFAA 2024, Zafor Firoze. – Gambar PR, 1 Februari, 2024

“KLIFAA berhasrat untuk menjadi tonggak budaya global. Melalui perkongsian strategik, liputan media yang meluas dan komitmen terhadap kecemerlangan, kami menyasar untuk meletakkan KLIFAA sebagai platform utama untuk pembikin filem, pengamal industri dan penonton di seluruh dunia. Inilah daya penggerak kami dalam bekerja keras untuk mendapatkan penyertaan terbaik.

“Kami yakin jawatankuasa anugerah melaksanakan proses pemilihan yang ketat untuk memastikan KLIFAA 2024 mempamerkan kemuncak pencapaian sinematik dan ini menarik karyawan untuk menghantar karya terbaik mereka.

“Kami berharap untuk mendapat lebih banyak penyertaan kerana penyertaan berkualiti adalah tunjang kepada mana-mana festival,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zafor berkata, tidak seperti anugerah lain, KLIFAA, walaupun baharu, bukan sekadar acara penganugerahan tetapi meraikan kecemerlangan dalam penerbitan filem dan TV (televisyen).

“Fokus kami ialah pada inklusiviti, kepelbagaian dan memupuk impak global melalui penceritaan. Inilah keunikan kami. Kami membuka ruang kepada kategori seperti Filem Cereka, Drama TV, Dokumentari, Filem Pendek dan Animasi,” tambahnya.

Presiden KLIFAA, Hasan Hamzah. – Gambar PR, 1 Februari, 2024

Sementara itu, menjawab soalan mengapa perlu menganjurkan acara besar seperti itu sekarang, Presiden KLIFAA, Hasan Hamzah berkata, KLIFAA mahu menjadi satu kuasa baharu yang memacu industri serta mempamerkan karya hebat walaupun berhadapan cabaran.

“Sama seperti Festival Filem Cannes yang membawa harapan kepada industri filem Perancis, kami melihat KLIFAA juga memainkan peranan sama dalam memupuk bakat tempatan,” katanya.

Bertemakan ‘Inspiring Brilliance, Igniting Passion’, KLIFAA 2024 bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula dari 7 hingga 11 Ogos. – 1 Februari, 2024

Topics

 

Popular

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Related