Lagi insiden pelancong bayar saman RM100, polis siasat insiden di Langkawi

Insiden tersebut membabitkan seorang vlogger terkenal dari Australia semasa percutiannya di pulau peranginan terkemuka itu

7:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis sedang menyiasat satu lagi video tular memaparkan anggotanya didakwa menerima bayaran RM100 daripada seorang vlogger terkenal dari Australia bagi menyelesaikan saman semasa bercuti di Langkawi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, pihaknya sedang mengumpul maklumat mengenai kejadian tersebut yang memaparkan pelancong itu dipercayai melakukan kesalahan kerana tidak memakai topi keledar.

“Pihak polis sedang mengumpul maklumat mengenai kejadian itu yang video asalnya dimuatnaik di dalam YouTube pada 10 November 2023.

“Kami tidak akan melindungi mana-mana individu yang terlibat dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, Shariman turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai insiden itu supaya tampil untuk membantu siasatan.

Terdahulu, menerusi video tular tersebut, pelancong tersebut dihampiri seorang individu dipercayai anggota polis yang mahu menyamannya atas kesalahan tidak memakai topi keledar.

Individu terbabit menjelaskan kepada pelancong itu bahawa dia perlu membayar saman tersebut serta-merta kerana dia bukan warganegara selain perlu ke balai polis untuk mendapatkan resit bayaran.

Pelancong itu kemudiannya bertanya kepada anggota tersebut ‘RM100 okay?’, sebelum mendakwa pergi ke lorong belakang untuk membayar jumlah saman berkenaan.

Susulan itu, pelancong tersebut segera mencari kedai berhampiran untuk membeli topi keledar atas saranan anggota polis terbabit untuk mengelakkan dirinya daripada ditahan lagi.

Insiden itu dirakam dan dimuatnaik di laman Youtube vlogger terbabit yang berjudul ‘I Explored Malaysia’s Most Beautiful Island’. – 30 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related