Rakyat Malaysia di Yaman selamat, jauh dari kawasan konflik

Pengesahan itu dibuat Kedutaan Besar Malaysia di Muscat

5:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Semua 376 rakyat Malaysia yang menetap di Yaman dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan jauh dari kawasan konflik.

Kementerian Luar menerusi kenyataannya memaklumkan, pengesahan itu dibuat Kedutaan Besar Malaysia di Muscat.

Menurutnya, pihaknya memantau dengan teliti perkembangan di Yaman, khususnya keadaan rakyat Malaysia yang menetap di negara berkenaan.

“Ia berikutan tindakan ketenteraan yang diketuai Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini menyasarkan kawasan-kawasan kawalan Houthi.

“Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Kesultanan Oman sentiasa berhubung dengan rakyat Malaysia di Yaman dan melaporkan semua mereka berada dalam keadaan selamat,” katanya.

Manakala, sebagai langkah berjaga-jaga, Kementerian Luar memaklumkan, pihaknya ingin menasihati rakyat Malaysia di Yaman untuk terus berwaspada dan peka terhadap keselamatan diri.

Bagaimanapun, katanya, sekiranya merasakan keselamatan diri terancam dengan situasi semasa, rakyat Malaysia boleh memilih untuk berpindah ke tempat lebih selamat atau pulang ke Malaysia secara sukarela.

Ujarnya, Kementerian Luar menyarankan supaya rakyat Malaysia di Yaman segera mendaftarkan diri jika masih belum berbuat demikian.

“Kedutaan Besar Malaysia di Muscat boleh dihubungi melalui alamat Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Oman Villa No 2443, Way 3030 Shatti Al Qurum
P.O. Box 51, Bareeq Alshati Muscat atau telefon dengan menghubungi + (968) 2469 8329 + (968) 7159 2388 atau emel [email protected].

“Berdasar rekod, terdapat 376 rakyat Malaysia yang sudah berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Muscat,” katanya.

Terdahulu, media antarabangsa melaporkan, pasukan tentera AS bersama United Kingdom (UK) melancarkan serangan udara pada 11 Januari lalu yang menyasarkan kawasan kawalan Houthi di negara berkenaan.

Serangan tentera AS dan UK itu adalah bagi menyerang puak Houthi selepas pemberontak disokong Iran terbabit, terus menyerang laluan perkapalan di Laut Merah. – 30 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

How is a ham sandwich ‘halal’? Akmal Saleh slams KK Mart outlet on UM campus

Umno Youth Chief says university students have lodged police reports over sandwich bearing halal stamp

Related