Bekas CEO MARii didakwa lagi salah guna dana RM1.63 juta

Mohamad Madani Sahari didakwa secara tidak jujur menyalah guna dana milik MARii berjumlah RM1,630,200 melalui cek LPS Learning Platform

2:03 PM MYT

 

SHAH ALAM – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Robotik Automotif dan IoT (MARii) didakwa lagi di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 17 pertuduhan salah guna dana syarikat itu berjumlah RM1.63 juta, bagi tempoh 2020 hingga 2021. 

Mohamad Madani Sahari, 57, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud.

Dia didakwa secara tidak jujur menyalah guna dana milik MARii berjumlah RM1,630,200 melalui cek LPS Learning Platform iaitu untuk membuat bayaran rawatan stemcell 500,000 di VHG Wellness di cawangan sebuah bank di Seksyen 20 di sini antara 13 Julai 2020 dan 26 April 2021.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak melebihi lima tahun serta sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How memohon mahkamah agar mengguna pakai jaminan RM300,000 dengan seorang penjamin serta pasport diserahkan kepada mahkamah seperti yang ditetapkan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam.

“Kami juga memohon kes ini dipindahkan untuk dibicarakan bersama di Mahkamah Sesyen Jenayah 8 di Kuala Lumpur,” katanya.

Peguam Rahmat Mohamed Hazlan dan Wan Aizuddin Wan Mohammed yang mewakili tertuduh tidak membantah permohonan berkenaan.

Awang Kerisnada membenarkan permohonan pihak pendakwaan dan menetapkan sebutan semula kes pada 29 Februari ini.

Semalam, lelaki itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan menipu Lembaga Pengarah MARii bagi mendapatkan kontrak penyediaan latihan automotif bernilai RM6.4 juta, lima tahun lepas.

Sebelum ini, Mohamad Madani juga didakwa di tiga mahkamah berasingan di sini, Kuala Lumpur dan Alor Setar membabitkan kes rasuah dan pengubahan wang haram. – 30 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Dublin-based M’sian child psychiatrist who groomed, sexually abused teen jailed for 8.5 years

Amirul Arif Mohd Yunos pleads guilty to six charges of sexual crimes against minor, banned from practising the field in Ireland from now on

Regulating social media to protect children is a multi-agency effort, groups tell MCMC

Children’s issues cover many facets thus their digital rights and freedom of expression must not be restricted in the process of licensing platforms  

Book vouchers for students: MoE, MoHE unaligned on distribution method?

Fadhlina Sidek, in a ministry statement, says those eligible can claim through its Delima app via Kota Buku Digital feature, but Datuk Seri Zambry Abdul Kadir says mechanism will be disclosed later

Related