Pasangan warga asing dijejaki bantu siasatan polis trafik ‘minta seratus’

Bagaimanapun difahamkan pasangan terbabit kini berada di luar negara

1:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sepasang warga asing yang juga pempengaruh media sosial sedang dijejaki bagi membantu siasatan berhubung anggota trafik yang kononnya menawarkan diskaun saman ketika ditahan di lokasi kejadian.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, bagaimanapun difahamkan pasangan warga asing itu kini berada di luar negara.

Menurutnya, polis juga sedang mengenal pasti anggota trafik yang terlibat sama ada anggota itu berkhidmat di kontinjen Perak atau lain kontinjen.

“Kami masih lagi menjejaki mereka bagi membantu siasatan, selain kami juga mengenal pasti daripada pelbagai aspek iaitu lokasi, tarikh serta masa kejadian itu berlaku.

“Ibu Pejabat Polis Bukit Aman meminta saya untuk menyerahkan kepada mereka untuk membuat siasatan dahulu di mana perkara itu berlaku,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Healthy Eating Active Living (H.E.A.L) anjuran Lions Club of Ipoh di perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, hari ini.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap anggota yang kononnya menawarkan diskaun saman trafik kepada pasangan warga asing ketika ditahan di lokasi kejadian.

Kejadian itu tular selepas video memaparkan tindakan anggota polis terbabit dimuat naik menerusi halaman YouTube pasangan berkenaan sebelum dikongsi beberapa pengguna media sosial.
“Bayar sini RM100, bayar di balai RM300.”

Itu ungkapan seorang lelaki dipercayai anggota polis trafik ketika menahan pasangan terbabit tanpa mengetahui perbualan itu dirakam.

Pasangan terbabit ditahan seorang individu dipercayai anggota polis kerana didakwa memandu melebihi had laju, namun anggota terbabit menawarkan diskaun saman daripada RM300 menjadi RM100 jika dibayar terus kepadanya. – 29 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related