Sokong Anwar: Bersatu perlu muhasabah, akui wujud masalah dalaman

Wan Saiful menegaskan Bersatu jangan nafikan ada cabaran dalaman parti

8:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu bermuhasabah dan mengakui wujud masalah dalaman apabila semakin ramai ahli parlimennya dilihat beralih arah dengan mengisytiharkan sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Majlis Pimpinan Tertingginya, Datuk Wan Saiful Wan Jan yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata, Bersatu perlu mengkaji kenapa perkara itu berlaku kerana sekiranya tidak mengambil sebarang langkah segera bagi mengatasinya, tidak mustahil hal itu akan berulang melibatkan ahli lain.

“Semua kepimpinan Bersatu perlu muhasabah, kenapa di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disokong sebulat suara berlaku perkara begini. Yang menukar sokongan semua daripada Bersatu dan kita kena terima hakikat ada masalah itu dan ia perlu diselesaikan.

“Bersatu jangan nafikan ada cabaran dalaman parti dan kita kena gembleng tenaga selesaikan cabaran supaya perkara ini tidak berlaku. Kalau tidak selesaikan, tak pelik perkara ini (akan) berterusan (ahli parlimen Bersatu berubah sokongan).

“Saya rasa Bersatu sebagai sebuah parti yang baru enam, tujuh tahun umurnya kena terima hakikat banyak lagi program pembinaan perlu dilakukan bina jati diri kuat di kalangan ahli dan pimpinan,” katanya kepada pihak media selepas program Wacana Intelek Pembangunan Bumiputera Di Bawah Kerajaan Madani yang berlangsung di Anjung Melayu, di sini hari ini.

Bersatu perlu mengkaji mengapa semakin ramai ahli parlimen mereka beralih arah dengan mengisytiharkan sokongan terhadap kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim biarpun memberi sokongan sebulat suara kepada presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua, kanan). – Muharram Kasim/Scoop, 28 Januari, 2024

Dalam masa sama, Wan Saiful turut menafikan dakwaan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal yang menyatakan terdapat dua kem sehingga menyebabkan perpecahan dalam kepimpinan Bersatu.

Menurut Wan Saiful, dakwaan itu adalah suatu perkara yang tidak berasas dan sama sekali tidak mencerminkan situasi terkini parti seperti yang diperkatakan Syed Abu Hussin.

“Saya tak tahu mana dapat cerita. Yang penting jawatan Setiausaha Agung (Datuk Seri Hamzah Zainudin) dilantik presiden (Tan Sri Muhyiddin), begitu juga bendahari, ketua penerangan, dan MPT (Majlis Pimpinan Tertinggi) tambahan. Saya tak nampak kewujudan kem.

“Saya tak tahu mana dia dapat maklumat. Kita bergerak sebagai satu pasukan dan berbincang dalam mesyuarat, saya tidak nampak ada perkara tidak sihat dalam Bersatu,” katanya.

Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal sebelum ini mendedahkan terdapat dua kem sehingga menyebabkan perpecahan dalam kepimpinan Bersatu. – Alif Omar/Scoop, 28 Januari, 2024

Sebelum ini, Syed Abu Hussin mendakwa sebahagian besar Ahli Parlimen Bersatu mahukan Hamzah untuk menerajui parti itu berbanding Muhyiddin serta wujud dua kem iaitu satu yang menyokong kepimpinan Muhyiddin dan satu lagi menyokong Hamzah.

Setakat ini, enam Ahli Parlimen Bersatu sudah menyatakan sokongan kepada Anwar, iaitu Syed Abu Hussin, Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan terbaru, Datuk Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang). – 28 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Related