Daim Zainuddin akan didakwa di bawah akta SPRM di mahkamah esok

Bekas Menteri Kewangan itu akan didakwa di bawah Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009, kesalahan berkaitan tidak mengisytiharkan aset

7:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, 85, akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada jam 8.30 pagi esok.

Ia berdasarkan kepada jadual mahkamah yang dipetik oleh Scoop. Daim, sebelum ini juga menerusi peguamnya, Rajesh Nagarajan turut mengesahkan mengenai perkara berkenaan.

“Peguam saya telah memaklumkan saya akan didakwa pada Isnin ini (29 Januari) atas kesalahan di bawah Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009, yang merupakan kesalahan berkaitan tidak mengisytiharkan aset.

“Begitulah, saya menantikan hari saya di mahkamah,” kata Daim.

Beliau sebelum ini telah menerima rawatan di hospital lebih dua minggu.

Khamis lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memberitahu Scoop bahawa bekas Menteri Kewangan itu dijangka dikenakan dua pertuduhan di bawah Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009.

Pada 29 Disember lalu, SPRM mengesahkan siasatan berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram terhadap Daim dibuat berdasarkan maklumat Kertas Pandora yang dimulakan sejak Februari lalu.

SPRM berkata, satu notis mengikut Seksyen 36(1)(a) Akta SPRM 2009 (Akta 694) diserahkan kepada beliau supaya mengisytiharkan segala aset sama ada di dalam dan luar negara secara bertulis serta akuan bersumpah dalam tempoh 30 hari daripada tarikh notis pada 7 Jun lalu.

“Daim memohon lanjutan tempoh sebanyak lima kali dan diberikan lanjutan pada 6 Julai, 10 Ogos, 11 September, 11 Oktober dan terakhir pada 14 November lalu untuk mengisytiharkan segala aset miliknya.

“Sebagai sebahagian daripada proses siasatan SPRM, Pendakwa Raya mengeluarkan Notis Penyitaan Menara Ilham mengikut Seksyen 38 (1) Akta 694 (Penyitaan Harta Tak Alih) pada 18 Disember lalu.

“Daim disiasat mengikut Seksyen 23 akta sama dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA),” kata SPRM.

Pada 23 Januari lalu, isteri Daim, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid, telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan 12 harta termasuk Menara Ilham dan beberapa hartanah di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Nai’mah, 67, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sejurus jurubahasa membaca pertuduhan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Wanita itu juga didakwa dengan sengaja memberi satu pernyataan bertulis dengan bersumpah yang tidak mematuhi terma notis bertarikh 8 November 2023 yang dihantar kepada beliau oleh pegawai SPRM berpangkat Pesuruhjaya pada 14 November 2023 iaitu dengan tidak mengisytiharkan harta.

Harta itu adalah Menara Ilham, dua syarikat iaitu Ilham Tower Sdn Bhd dan Ilham Baru Sdn Bhd; dua kenderaan mewah Mercedes Benz; dua rumah di Persiaran Bukit Tunku dan Jalan Athinahapan, Taman Tun Dr Ismail (TTDI); empat lot tanah pegangan bebas di Bukit Tunku dan satu lot tanah, masing-masing di Pulau Pinang dan TTDI. – 28 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

IS launched ‘official’ Malay media group with IED drone manual, firm warns

An international security think tank has warned of the Islamic State terrorist group's latest tactic to expand its influence in Malaysia.  

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Related